Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Nampaknya negeri Melaka bakal menambah lagi produk pelancongannya dengan pembinaan monorel dan roller coaster. Monorel dan roller coaster sepanjang 1.6 km di Stesen Hang Tuah, Kampung Bunga Raya Pantai hingga Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Ogos dan akan beroperasi pada 31 Ogos nanti. Kapasiti penumpang yang boleh dibawa dianggarkan seramai 1,200 orang sehari bagi jarak 1.6 km selama 15 minit pada setiap setengah jam.
Satu lagi produk pelancongan terbaru di negeri Melaka yang akan memberikan anda sebab untuk singgah ke negeri bersejarah ini. Pastinya ramai yang menantikan monorel yang akan memberikan pandangan indah di sepanjang sungai Melaka. Harap-harap ianya akan menjadi satu lagi mercu tanda negeri Melaka yang cukup terkenal dalam bidang pelancongan ni. Insyaallah kalau berkesempatan, sudah pastinya si Zool akan singgah untuk melihat sendiri pengangkutan monorel.
Sumber :- Melaka Hari Ini
RSS Feed
Twitter



July 7th, 2010
zool
Posted in
Tags: 


Saya support project ni!!!
Reply
zool
Reply:
July 7th, 2010 at 23:24
bagus2… nanti blh layan monorel ngan roller coaster bila pembukaannya
Reply
Masa river cruise aritu leh nampak landasan dia tepi sungai. Bile lagi nak sampai Melaka ni ye.
Reply
zool
Reply:
July 8th, 2010 at 00:55
dtglah.. bulan sept dah start kot monorel tu
Reply
sure will be convenient =)
Reply
zool
Reply:
July 8th, 2010 at 01:00
yup.. this is for tourist purpose only.. hope there’s monorel for public transportation use
Reply