Blog Download Area
Powered by MaxBlogPress  










Miskin Selepas Bersara

Written by zool on October 22, 2007 – 2:00 am -

Assalamualaikum.. Hari ini saya ingin berbicara pula tentang isu semasa.. Ye isu semasa yang kini hangat dibincangkan dalam akhbar mengenai perancangan kewangan selepas bersara
Sebelum memulakan topik ini gambar saya ketika raya Pertama.. Hensem tak?? He he he.. Ops lupa plak untuk gambar lebih jelas klik saja pada gambar tersebut..

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh KWSP ,anggaran penyimpanan caruman oleh ahli-ahli selepas bersara hanyalah RM100K sahaja.. Dan kalau dikira hayat jika selepas bersara pencarum hidup selama 10 tahun beliau boleh menggunakan pendapatan dalam angka RM800.00.
Kalau dilihat jumlah ini memang tidak mencukupi lebih-lebih lagi dengan perbelanjaan terutamanya belanja perubatan yang makin meningkat.. Nampaknya KWSP sedang mencari jalan terbaik untuk meningkatkan caruman.. Walaubagaimanapun bagi pencarum KWSP diingatkan agar tidak terlalu bergantung harap pada simpanan KWSP pada hari tua.
Mereka perlu lebih bijak mengawal perbelanjaan ketika masih berupaya melakukan kerja-kerja.. Dengan penggunaan 2 akaun sahaja berbanding 3 akaun sebelum ini memberikan lebihan untuk simpanan di hari tua..

Selain itu dengan kelonggaran KWSP sepatutnya pencarum menggunakan untuk perkara yang penting sahaja dan seeloknya elakkan dari mengeluarkan caruman sebelum waktunya.. Berikut merupakan beberapa artikel dari Utusan mengenai perkara tersebut :-
Pencarum jangan ghairah guna skim pengeluaran KWSP
Miskin selepas pencen
Hanya 36 % rancang persaraan
Kerja Semula Selepas Bersara

Kalau dilihat melalui artikel-artikel tersebut kita perhatikan bahawa perancangan kewangan untuk masa tua rakyat Malaysia masih di tahap rendah dan ianya perlu diperbaiki..
Bagi pekerja Kerajaan mungkin akan menggunakan skim pencen sebagai jaminan di hari persaraan namun simpanan perlu dilakukan. Manakala bagi pekerja sektor swasta yang kebanyakan bergantung dengan KWSP untuk kegunaan persaraan perlu lebih bijak mengawal kewangan..

Pembelian aset dan pelaburan ketika waktu muda juga amat penting bagi mengurangkan risiko hidup melarat pada hari-hari persaraan..
Bagaimana pula dengan anda?? Adakah anda sudah bersedia dengan wang untuk hari persaraan anda???


Posted in Uncategorized |

12 Comments to “Miskin Selepas Bersara”

  1. kumb@ng Says:

    ingat 5 perkara sebelum 5 perkara…insyaALLAH..

  2. zuhairy Says:

    pd pendapat saya, setiap orang yang akan bersara dalam masa terdekat ni mestilah mempunyai perancangan..

  3. redha Says:

    Salam kasih sayang,

    Bagus zool,
    Saya amat berminat dgn topik “kewangan selepas persaraan”. Skrg saya sedang fokus kepada satu program “KEAJAIBAN PELAZIMAN” ke arah persaraan “SIHAT KAYA DAN BAHAGIA”.
    Saya sedang berusaha menyiapkan ‘website’ yg bersesuaian, oleh kerana saya baru belajar dlm IT, ambil masa sikit utk disiapkan.
    Saya tertarik dengan artikel ‘utusan’ saya sedang ‘cari cara’ macam mana nak ‘copy’, ‘kebetulan’(dgn izin Allah ia terjumpa kerana kita fokus inginkannya,tiada kebetulan dlm hidup kita) terjumpa di blog zool, saya minta izin untuk ‘copy’, boleh bantu saya?…
    Semoga diberkati. Amin…

  4. zuhairy Says:

    pada pandangan saya, seseorang yang akan bersara dalam masa 3-4 tahun seharusnya mempunyai perancangan. jadi tidaklah berdoa sahja.

    redha,
    satu usaha yang baik!boleh jadi aziz ali :-)

  5. AfzaiAfandi Says:

    sesuai gambar tu ngan topik ni zool.

    Mengapa?? kerana poket baju melayu ngko tu sarat dengan duit… gurau jer bro!!

    Tips berkesan

  6. azwan Says:

    KWSP mungkin tak cukup, kena cari side income

  7. zool Says:

    kumbang–> betul.. betul
    zuhairy –> yang lambat nak bersara pun kena sedia gak zuhairy woitt…
    redha —> rasa saya seeloknya kita buat link sahaja ke utusan.. tak galak meng’copy’..
    afzai —> hentamlah .. takde kena mengena ngan topik..
    azwan —> tu yang kesian kepada pakcik2 yang terpaksa keje dalam umur bersara..

  8. Azhar Ahmad Says:

    Kalau dah terpaksa memang keluarkan juga. Jujur saya katakan, jika tiada caruman, tak tahulah macammana nak bayar yuran pengajian saya….

    Lupa, salam perkenalan dari Teratak Nurani….

  9. redha Says:

    Salam kasih sayang,
    Tq zool, orang kita masih ramai ketinggalan dalam “pengurusan kewangan”. Saya sendiri dah ‘tengahari’ baru jumpa buku Azizi Ali, Irfan Khairy, Chef Li dan banyak lagi.
    Bagi anda semua yg masih ‘pagi’ mulakan skrg ‘pengurusan kewangan’, KWSP bukan untuk ‘biasiswa’, tapi sememangnya untuk persediaan persaraan. Maafkan saya sekadar ‘nasihat’ bagi yg menggunakan KWSP ibu bapa, fikirkanlah, bila tiba usia persaraan mereka, bagaimana mereka boleh ‘hidup selesa’ tanpa ‘bekerja’.
    Semoga diberkati. Amin…

  10. fairul nizam Says:

    salam sejahtera kepada semua
    walaupun terdapat banyak pilihan untuk membuat dana di persaraan,cth; unit amanah, pelan insuran hayat dan lain-lain lagi tetapi masih ramai lagi antara kita tertanya-tanya atau menimpikan satu impian yang kosong untuk kehidupan selepas bersara.
    tak kan nak salahkan kepipimpinan negara jika kita gagal untuk bersara dengan lebih selesa.
    Tidak hairan lah ramai warga emas ( orang yang dah bersara ) menghentam kerajaan dan mengatakan mereka tidak menerima apa2 faedah dari kerajaan.
    tetapi anak2 muda jangan ingat anda masih terlalu awal untuk merancang.. dan yang tua jangan ingat anda sudah terlewat untuk merancang.. tak percaya cuba gandakan simpanan anda bermula dari 1 sen pada hari ni..selamat mencuba

  11. zool Says:

    fairul—>aku setuju dengan apa ko cakap… er ni fairul nizam yang aku kenal ker??

  12. sajak persaraan Says:

    [...] untuk hari persaraan anda? … Saya amat berminat dgn topik ???kewangan selepas persaraan???. …http://ligakampung.com/blog/2007/10/22/miskin-selepas-bersara/Menteri-menteri Malaysia Kakiblog.com … jawatan kosong dalam kabinet, ditambah dengan perletakan [...]



Belajar cara untuk menternak kambing dengan berkesan...

Leave a Comment

RSS