LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Misbun Sidek kembali melatih di BAM

Datuk Misbun Sidek kemabli ke Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki Malaysia.
BAM melalui Presiden Datuk Seri Norza mengumumkan pelantikan Misbun yang akan dibantu oleh jurulatih seperti Hendrawan, Indra Wijaya dan Sairol Amar Ayob.

Selain itu 4 ketua jurulatih diumumkan melibatkan Cheah Soon Kit (beregu lelaki), Tey Seu Bock (perseorangan wanita), Wong Pei Tty (beregu wanita) dan Chin Eei Hui (beregu campuran).
Kesemua ketua jurulatih ini akan melaporkan diri pada ketua kejurulatihan teknikal , Morten Frost.

Datuk Seri Norza juga memberitahu bahawa struktur kejurulatihan baru akan bermula pada Julai termasuk mesyuarat Jawatankuasa kejurulatihan dan latihan.

Nampaknya seperti Sirih Pulang ke Ganggang. Diharap Misbun dapat memberi tumpuan dalam mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei yang semakin hampir ke penghujung kariernya.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)