LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Misbun Cipta Alat untuk bagi bulu tangkis kepada pemain

Misbun Sidek bukan sahaja seorang jurulatih yang handal malahan mempunyai pemikiran yang cukup kreatif. Jika anda perhatikan kariernya, memang banyak kelainan yang dihasilkan samada dari segi permainan mahupun gaya pada satu masa dahulu.
Dalam teknik kejurulatihan juga beliau berjaya mencipta inovasi yang dipanggil bazooka bagi digunakan dalam melatih pemain dibawah bimbingannya.

Peralatan itu adalah tiga tiub bekas bulu tangkis yang disatukan bersama-sama dengan setiap satu daripadanya diisi dengan 70 bulu tangkis.
Beliau menyandang tiub itu dibahunya dan melontar bulu tangkis itu kepada para pemain kendaliannya dengan pantas.
“Ia banyak membantu saya. Saya tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk mengumpul bulu tangkis itu. Dan saya juga tidak perlu membongkok untuk mengambilnya,” kata jurulatih berusia 57 tahun itu.
Misbun sentiasa inginkan perubahan dan tidak pernah takut untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Oleh itu, beliau yakin Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan terus melangkah ke hadapan susulan pemergian pengarah teknikal badan induk itu, Morten Frost.
Frost meletak jawatan pada 11 September lalu meninggalkan Misbun dan empat lagi ketua jurulatih lain – Cheah Soon Kit (beregu lelaki), Tey Seu Bock (perseorangan wanita), Wong Pei Tty (beregu wanita) and Chin Ee Hui (perseorangan wanita).
Kesemua mereka akan melapor terus kepada Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CNT) Datuk Seri Norza Zakaria.
Misbun berkata semua jurulatih perlu mencari jalan untuk menguruskan diri dan tampil dengan pelan efektif buat pemain mereka.
“Kami perlu melihat pemergian Morten dari satu sudut positif.
“Saya baharu berada di sini selama dua bulan setengah. Saya tidak melapor terus kepada dia tetapi hubungan kami baik.

|Dapatkan Bulu Tangkis Untuk Latihan Dengan Harga Menarik |

“Kita perlu bertanggungjawab di atas prestasi pemain. Tindakan drastik perlu diambil jika kita mahu melihat hasil lebih baik daripada pemain kita,” kata Misbun.
Misbun berkata beliau juga tidak melihat memiliki lima ketua jurulatih sebagai satu masalah.
Sebelum ini, BAM hanya mempunyai sama ada satu atau dua ketua jurulatih utama masing-masing untuk pemain perseorangan dan beregu.
“Ia sesuatu yang berbeza. Saya percaya kita boleh bekerjasama, terutama apabila kita perlu bersama-sama dalam acara berpasukan,” katanya.
Mengenai rancangannya terhadap pemain perseorangan lelaki, Misbun berkata beliau akan membahagikan 13 pemain dibawah kendaliannya ke dalam dua kumpulan iaitu elit dan sokongan.
Malah, katanya setiap pemain diberi sasaran khusus yang perlu mereka capai dalam tempoh yang ditetapkan.

Baca lebih lanjut di MStar

Dapatkan Bulu Tangkis RCL Bundle 2 Dozen

 

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Misbun Cipta Alat untuk bagi bulu tangkis kepada pemain

Leave a Reply to Stafaband Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)