Minyak masak habis lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Nampaknya kita telah pun melangkah ke tahun 2008 dan kini muka surat ke 2 akan dibuka.. Mungkin pada mukasurat 1 kita telah mula bersedia untuk menghadapi cabaran baru ..
Sedang kita menuju ke tahun baru nampaknya ada sedikit permasalahan lama yang kini mula melanda bagi kaum ibu dan peniaga-peniaga.. Saya tidak mengetahui jika ianya berlaku di tempat lain tetapi nampaknya di tempat saya minyak masak kini mengalami masalah untuk dibeli..

Nampaknya masalah kekurangan bekalan minyak masak telah mula melanda dan sedikit sebanyak akan memberi impak ekonomi terutamanya kepada peniaga berkaitan masakan ini.. Pastinya perkara ini merunsingkan kerana kebanyakan masakan tempatan menggunakan minyak masak sebagai medium utama..
Secara jujurnya sedikit hairan mengapa negara kita selaku pengeluar komoditi sawit boleh mengalami masalah ini.. Adakah benar bahan tersebut benar-benar berkurangan atau ada pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan???
Jika keadaan ini tidak diselesaikan ianya sedikit sebanyak akan menyebabkan ekonomi negara sedikit terjejas.. Pada pendapat saya, FELDA patut mengambil inisiatif dengan menjadi pengeluar minyak sawit utama bagi mengelakkan situasi tersebut.. Ini kerana seperti yang kita sedia maklum, FELDA merupakan sebuah organisasi yang kukuh dan mampu untuk membina kilang pengeluar minyak sawit..
Walaubagaimanapun saya yakin Kerajaan akan mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini..Hm.. Adakah kawasan anda juga mengalami masalah ini??

p/s : Hari ini saja je menulis tentang isu semasa di tempat… Bukan nak ubah identiti blog cuma ingin mempelbagaikan penulisan..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :895
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

9 Responses to “Minyak masak habis lagi”

  1. me yginsafNo Gravatar says:

    alahai, x berasap lagi lah dapur ku itu..

    Reply

    tiara_89@yahoo.comNo Gravatar Reply:

    minyak masak kat dapur pun dah habis!!!

    Reply

  2. JIMINo Gravatar says:

    Datang balik masalah kekurangan minyak ya. Harapnya, tak de plak yang menyorok lagi.

    Salam Tahun Baru 2008.

    Reply

  3. ktomNo Gravatar says:

    hehehe kita boikot. tak yah pakai minyak…semuanya rebus je…
    tapi tak tau pulak tersorot atau disorotkan..

    Reply

  4. zoolNo Gravatar says:

    yg insaf —>>> tak berasap..?? Takde gas ker???
    Jimi –> tu lah masalah ni berulang lagi..
    ktom —> nak boikot tu bukan mudah ktom sebab kebanyakan masakan menggunakan minyak lebih lebih kedai masak.. Kesian kat diorang..

    Reply

    tiara_89@yahoo.comNo Gravatar Reply:

    harga barang tak turun2 jugak
    suka hati dorang jak nak naikkan harga…
    kalo berterusan cmnie..alamat pokai lah

    Reply

  5. zaki blogjerNo Gravatar says:

    tmpt saya nmpknya takde masalah lagi, kat giant, jusco dgn tesco stok ada je. Teruk gak ye kat tmpat zool.

    Ironisnye, harga kelapa sawit tngh mahal. Satu tan dlm 550 klu kt perak.

    Reply

  6. zuhairyNo Gravatar says:

    minyak…minyak…minyak. Kenapa erk?padhal malaysia pengeluar minyak dunia… :)

    Reply

  7. zoolNo Gravatar says:

    zaki –>pergh sapa ada ladang kelapa sawit mesti tersenyum lebar… tapi memang susah… yang tinggal minyak soya .. kesian .. mak saya dahlah buat nasi lemak.. kena pakai banyak minyak…
    zuhairy —> tu pelik tu.. Zuhairy saya tak tau kenapa tapi IP awak selalu akan terus masuk ke SPAM.. terpaksa saya check balik…

    Reply

Leave a Reply