Langgan







Baca artikel-artikel ligakampung di emel .. Sila masukkan emel anda:

Delivered by FeedBurner

Santai

My Facebook

Enai10 Directory

BlogMalaysia.com

Minuman Rasmi ‘ Misai Kucing’

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rasa-rasanya mesti ada orang Melaka yang faham dengan tajuk di atas… Kepada yang tak paham tu buat-buatlah tak paham.. Kalau tak silap saya sudah lama saya tak minum air misai kucing ni.. Kali terakhir pun masa Ekspo kat MITC masa tu ada promo.. Minum free beb… Dan hari ini di satu mesyuarat air misai kucing dihidangkan.. Tanpa gula sudah pastinya rasanya tidak enak diminum..

Okay saya cuba mencari sedikit info tentang misai kucing ni..mana tau boleh menternak menanam misai kucing pula lepas ni.. Boleh tambah income sekaligus boleh mencabar kekayaan Labanon… Huhuhuhu..

Misai kucing ‘ adalah sejenis herba yang biasa digunakan dalam bentuk minuman..(Tetapi bukanlah misai kucing ‘Tompok’ ye.. Kalau anda menggunakan misai ‘Tompok’ boleh gak tapi risiko tanggung sendiri).Ia merupakan sejenis pokok herba renek tinggi yang mampu menjangkau ketinggian sehingga 1.5 m..Mempunyai bunga yang bentuknya seakan misai kucing sekaligus memberi nama kepada pokok tersebut..

Khasiat
Kalau dilihat kegunaan herba ini telah digunakan sejak dahulu lagi…Ianya sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk penyakit ‘gout’ dan sakit sendi.. Ia juga dikatakan baik untuk merawat penyakit di buah pinggang, pundi kencing dan peredaran darah.. Mengikut kajian didapati ianya dapat bertindak sebagai antioksida dalam badan..sebahagian unsur-unsur yang terdapat dalam daun Misai Kucing dapat mengurangkan tekanan sistolik darah secara berterusan dan juga bertindak sebagai ejen peluruh (diuretik). Ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot.

p/s :- Nampaknya banyak khasiat yang boleh didapati dalam herba ini.. Patutlah satu ketika dahulu heboh ramai orang nak tanam pokok ni.,, Tapi biasalah hangat-hangat tahi kambing ayam.. Sekejap je heboh lepas tu sejuk …

Ini sekadar info dan bukan jaminan bahawa ianya berkhasiat .. Rujuklah pakar-pakar kesihatan di kawasan berdekatan anda…

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 115
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

13 comments to Minuman Rasmi ‘ Misai Kucing’

  • tade la bro. tue fake aje… saje nk bg gempak kit. hehe!

    Reply

  • zoolNo Gravatar

    loq si budak merah –>oo tu yang terperanjat tgk feedburner tu..

    p/s :- ni gempak ‘fake’ pasal lain bukan pasa.. bukan pasal misai kucing ye..

    Reply

  • er…
    jujur aku tak penah denga..
    adess..
    nnt leh la blanjer

    Reply

  • misai kucing neh mmg berlambak kat halaman rumah. hehe

    Reply

  • aiyok..nanti mesti ramai balik org nk tanam ni

    Reply

  • Akum bro.Gua rasa ia disebut air mata kucing tak pernah dengar lak air misai kucing.Tp bro yg penting,kalau ada ruang dan peluang untuk diperduitkan tanaman ini gua join.Terbaru gua dengan tok penghulu mukim pontian bersama belia di pekan nanas cuba usahakan tanaman cendawan.Rugi tanah terbiar tak diusahakan.Kpd para belia tak inginkan mencuba pinjaman TEB.Syarat dah makin longgar.

    Reply

  • ‘misai kucing’ untuk tenaga lelaki .. kannnns

    Reply

  • zoolNo Gravatar

    menteil –> tak penah dengar ye.. takpe datanglah melaka.. nanti aku belanja walaupun aku pun bukan suka pung..
    Knizam –> berlambak?? ada potensi tau herba tu kat Melaka nie..
    syia –> rasanya orang Melaka mesti ramai nak tanam ni.. orang Perak tak tau lah plak..
    CD PEG BELIA –> he he he.. nanti la kalau gua ada kuasa Gaban.. semua gua buat.. bukan setakat misai kucing je misai harimau pun gua buat..
    En. Me –> huhuhuhuhu… tu je tau… khasiat lain tu seperti tertulis di atas.. tak mau tulis lagi lah.. mesti tak baca artikel ni..

    Reply

  • Ariffin bin IsmailNo Gravatar

    Saya minat sangat dengan “Tissue Culture/klon pokok”. Saya dah buat banyak kajian & tanya kat orang,
    macamana nak buat “Tissue Culture/Klon Pokok” ni.
    Saya rasa boleh buat sebab saya ada la sikit2 minat dgn biologi & experience kerja dlm Cleanroom,
    hormon & skoog tu semua saya boleh dapat (no problem).
    Boleh tak sapa2 advice sikit pokok apa nak pilih, sebab saya tak tau tentang pasaran herba ni.
    Takut Satgi pokok dah banyak pastu takleh nak jual, kena bagi makan kat kambing je……
    Kalau nak join pasarkan pokok tu nanti pun boleh. Tolong email saya ariffin_mae@hotmail.com , Tima kasih.

    Reply

  • farizanNo Gravatar

    Kat rumah saya ada tanam pokok misai kucing. tiap hari bancuh air misai kucing. Bagus juga untuk lawaskan buang air kecil, tambah tenaga, lancar perjalanan darah n yg penting untuk cuci buah pinggang.
    kalau kau orang nak try bole la nanti order ngan saya.

    Reply

  • tengkuNo Gravatar

    misai kucing the best untuk uymmmp…
    kalau tak caya cuba minum lah….

    Reply

  • [...] kita. Juga berpotensi untuk diusahakan secara komersial memandangkan ianya mudah untuk dijagahttp://ligakampung.com/blog/minuman-rasmi-misai-kucing/Laman KesihatanInformasi berkenaan kesihatan dari segenap aspek, sama ada fizikal, mental, rohani, [...]

  • [...] ni saya pernah menulis mengenai ‘minuman misai kucing’ .. Tapi untuk entri kali ini saya paparkan pula gambar sampel air misai kucing yang diedarkan oleh [...]

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>