Assalamualaikum…
Mimpi merupakan pengalaman tidur yang pernah dirasai oleh semua orang. Ada yang mengembirakan dan tidak kurang yang menakutkan.. Seperti yang kita ketahui mimpi adalah mainan tidur namun kadang2 ia seperti merealisasikan sesuatu kenyataan..
Malahan ada yang meramalkan mimpi . Dan ada web yang dibina mengenai Tafsir Mimpi. Adakah ianya boleh dipercayai?? Hanya Tuhan yang tahu… Mimpi dipatuk ular diramalkan yang seseorang wanita akan dipinang oleh seseorang.. Tapi bagaimana pula jika lelaki yang dipatuk ular atau lebih pelik lagi seorang suami ??
Kita selalu berharap mimpi-mimpi yang indah tapi kadang-kadang mimpi yang mengerikan juga sering berlaku.. Ketika bermimpi ngeri biasanya kita akan mengingau dan takut.. Kadang-kadang kita boleh menjerit atau bertakbir dan seterusnya boleh menganggu mimpi indah orang-orang yang berdekatan anda..
Selain dari mimpi ngeri dan gembira, kadang-kadang agak menghairankan bila watak di dalam mimpi itu bukan watak yang selalu dijumpai dalam alam realiti. Saya pernah bermimpi di mana rakan yang sudah lama tidak berjumpa menjadi watak sampingan dalam mimpi.. Agak pelik kerana memang tiada dalam fikiran mengenai watak tersebut namun itulah kuasa mimpi.
Selain itu terdapat juga mimpi indah yang seperti dirancang.. Sebagai contoh jika seseorang itu membayangkan sesuatu , ia mampu datang dalam mimpi… Rasanya saya sukar untuk merancang mimpi ini..
Bagaimana dengan anda?? Apa agaknya mimpi paling ngeri atau mimpi paling gembira bagi anda??? Atau anda ada cerita lagi pasal mimpi untuk ditambahkan???









September 29th, 2007 at 2:52 am
aku rasa suma orang pernah rasa nih, de javu. selalu macam sesetengah benda, bila dah nak terjadi, rasa macam pernah mimpi jer benda nih….
apa2pun, mimpi itu kan mainan tdo.. selamat puasa
[Reply]
September 29th, 2007 at 10:27 pm
mimpi mainan tidur, kadang kadang mimpi ada juga kebenarannya,
azk http://www.enai10.com
free submit link directory
[Reply]
October 4th, 2007 at 4:09 pm
Jika sebelum tidor kita asyik memikirkan sesuatu, kadang2 apa yg kita fikir tu terbawa2 dalam mimpi.
Tak pernah mimpi yang menakutkan..tapi kadang2 kita mimpi suasana atau tempat yg pernah kita berada pada masa lampau…tak tau pula apa erti mimpi tu…
[Reply]
February 15th, 2008 at 7:37 am
umpama mimpi dalam mimpi..
[Reply]
February 21st, 2008 at 2:55 am
saya mahu maksud mimpi seseorang perempuan.
[Reply]