Mi ‘bodoh’ yang sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.. Saya tertarik dengan satu artikel di suratkhabar Kosmo.. Cerita mengenai ‘mi bodoh’ yang cukup dikenali di sekitar Melaka…

Kenapa dipanggil ‘mi bodoh’?? Mungkin sebab mi tersebut tiada banyak perencahnya berbanding mi goreng lain….
Saya pernah singgah di gerai makan tersebut di Kampung Lapan, Tengkera.. Memang diakui kedai tersebut ramai pengunjungnya walaupun menu utamanya ialah ‘mi’ kosong tanpa lauk yang hebat-hebat.. Yang ada cuma mi goreng, telur, sedikit timun dan sambal… Secara jujurnya saya tidak mengetahui keistimewaan gerai tersebut tetapi yang mungkin menjadi tarikannya ialah pada sambalnya.. Kalau anda tengok kawasannya pun bukanlah hebat sangat.. Sempit di tepi jalan… Parking pun susah..Setau saya mereka berniaga hanya untuk waktu pagi hingga ke tengahari saja.. Dan harga ‘mi bodoh’ tersebut RM1.80…

Melalui laporan akhbar kosmo ,peniaga tersebut diberitakan menggunakan 60 kilogram mi sehari… Kira banyak gak tu.. Sama berat dengan saya….
Apa-apa pun kalau sesiapa nak cuba tengok apa istimewanya.. Bolehlah kontek saya… Insyaallah… boleh dibawa ke sana…

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 351
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

8 Responses to “Mi ‘bodoh’ yang sedap”

  1. aku selalu pergi petang.

    weh, kau tukar la digg tu jadi negaraku.net

    Reply

  2. wow1 nama tak kool pun boleh buat duit gak ek? mungkin sbb unik sgt kot. tu yg berduyun org dtg nk merasa tu…

    ps: idea menarik utk brand aku nnt…

    Reply

  3. megatNo Gravatar says:

    hoho. dikira niche dalam peniagaan konvensional ker!?

    berjaya mereka menggunakan sebutan ‘mee bodoh’ tu jadi popular. bagaimana rasanya?

    nnt aku pegi melaka boleh cuba ni. he3.

    Reply

  4. Mohd HafifiNo Gravatar says:

    mi bodoh? pelik sungguh nama mi tersebut..selain sambal,mungkin sebab nama yang menjadikan mi tu laris..

    Reply

  5. zoolNo Gravatar says:

    hasbullah –> tak tukar.. tambah je..
    aeropama –> nama tak kool tapi pengunjung ramai wooo..
    megat –> boleh tadahal punya..
    mohd hafifi –> mungkin juga nama tu menjadi daya tarikan

    Reply

  6. kumb@ngNo Gravatar says:

    kalo aku ada keje kat area pulau sebang,pokok mangga,rivera, kadang2 singgah…la ni lama gak tak pekena mee bodoh…

    Reply

  7. nampaknye, saya terberat sedikit dari mee itu. adeih. time to buang lemak2. hehe

    Reply

  8. shaxxNo Gravatar says:

    ko dah try ke? ko try la dulu pastu wat review kat blog ni…

    Reply

Leave a Reply