Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

MHC tangguhkan bayaran hadiah kemenangan Liga Hoki Malaysia ?

Rupa-rupanya Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) masih belum melangsaikan pembayaran hadiah wang kmenangan bagi pasukan yang terbabit dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) yang berakhir hujung Februari lalu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan MHC, Datuk Seri Anil Jeet Singh , perkara ini sedang diselesaikan antara Presiden MHC , Datuk Seri Subahan Kamal dengan penaja utama, TNB.

“Oleh kerana pelbagai kekangan termasuklah tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dilalui sehingga kini, maka semua urusan termasuk pembayaran wang kemenangan agak tertangguh sedikit.

“Presiden sudah pun menemui wakil TNB dan saya yakin ia akan diselesaikan dalam tempoh terdekat. MHC bukan sengaja hendak menangguhkan pembayaran hadiah kemenangan.

“Malah sebelum ini MHC tak pernah gagal membayar wang kemenangan kepada pasukan bertanding,” katanya yang juga Naib Presiden MHC ketika dihubungi.

Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin dilaporkan kecewa dengan MHC yang didakwa masih gagal membayar wang kemenangan itu.

Skuad Hockademy wanita yang berada di bawah naungan KLHA, menjuarai saingan Liga Hoki Wanita pada Februari lalu namun sehingga kini masih belum meraih hadiah kemenangan RM50,000 serta tambahan RM15,000 selepas muncul naib juara Piala Vivian May Soars.

Megat berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklum balas daripada badan induk itu selain menegaskan wang kemenangan berkenaan amat penting untuk semua pemain ketika ini.

Sumber :-HMetro

Terkejut juga bila membaca berita ini. Ligakampung.com berharap agar ianya dapat diselesaikan dengan segera memandangkan kebanyakan para pemain memerlukan wang tersebut.
Agak terkejut ia terjadi pada pasukan hoki.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)