Mesin jahit lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Pernah anda menjahit?? Saya yakin ramai yang akan mengeleng kepala termasuklah si Zool. Menjahit ni jarang dilakukan kecuali oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang fesyen ni. Kalau zaman dulu, orang kampung membeli mesin jahit untuk kegunaan harian. Ye lah mudah untuk menjahit sekiranya baju terkoyak, tercabut dan sebagainya. Tapi dengan perkembangan semasa ianya telah dilupakan.

Di rumah mak saya mempunyai mesin jahit yang digunakan untuk menjahit baju-baju yang rosak biasa. Mak saya bukanlah pakar dalam bidang menjahit. Cuma bolehlah kalau setakat menjahit seluar koyak dan langsir. Tapi kira hebatlah juga. Cuma yang tak tahan dengan mesin jahit ni sebab bila nak masukkan benang dalam lubang jarum tu.. Waduh susah woo…
Photobucket
Inilah mesin jahit yang telah berusia 30 tahun lebih. Cuma di ‘modified’ menjadi lebih kemas dengan kayu-kayu yang menarik..

Photobucket

Si Zool menunjukkan skill hebat laksana tukang jahit professional. Sedangkan nak jahit butang baju pun terkial-kial..

p/s :- Tengah berkira-kira nak belikan mesin jahit baru yang lebih canggih. Kesian plak asyik rosak je mesin jahit tu.. Ada sesiapa tokei mesin jahit?? Boleh jual murah-murah ngan saya.. :)

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3044
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

17 Responses to “Mesin jahit lama”

  1. Dr HouseNo Gravatar says:

    Kalau aku nak bakal isteri pandai jahit, keterlaluan tak?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak tau.. tapi ada ker awek2 yang pandai jahit sekarang??

    Reply

    aqueNo Gravatar Reply:

    agak keterlaluanla jgak….

    Reply

  2. safarNo Gravatar says:

    rumah nenek aku masih ada.tak tahu pula
    elok atau rosak.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tgklah camne..

    Reply

  3. life4hireNo Gravatar says:

    ko jual jer kat ebay..lepas tuh beli yang baru..aku tak rasa mesin ni rega mahal sangat, tapi tak mustahil leh wat modal beli mesin jahit baru..mesin jahit lama sket dari ni mmg mahal la.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak de maknanya nak jual.. tu antara barang antik kat umah ni.. lagi lama dari umur aku..

    Reply

  4. beliamudaNo Gravatar says:

    kat rumah nenek ada satu mesin jahit macam ni.. boleh guna lagi, tapi skg dah jarang digunakan.. klasik~

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang klasik. apakata anda try guna plak.. :)

    Reply

    beliamudaNo Gravatar Reply:

    masa kecik2 selalu gak wat main2.. nnt usya balik ah.. hehe..

    Reply

  5. loqNo Gravatar says:

    rumah aku sendiri ada.ibu aku nye.masih elok lagi.nak jahit langsir.hehe.selalu kalau rosak pergi hantar kat kedai auntie cina kat simpang kerayong tu…

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ooo.. kat area mana tu?? simpang kerayong tak nampak plak kedai repair mesin jahit

    Reply

    loqNo Gravatar Reply:

    kalau kite dari arah jasin,kan ade simpang jalan.ke kiri untuk ke terentang.dan ke kanan untuk ke merlimau.kat simpang tu ade sebuah rumah yang banyak giler burung kalau tak silap aku.situ lah rumah pembaiki mesin jahit tradisional ni

    Reply

  6. Fatin PauziNo Gravatar says:

    Haaa, mak saya pakai mesin jahit ni la jahit baju raya saya tiap2 tahun. :P

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    oo.. sendiri tak jahit ke?

    Reply

  7. suNo Gravatar says:

    mesin jahit zool dh brp tahun yek.elok lg ke…@ dah di jual.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    dah 20 tahun lebih rasanya.. tapi originaliti kat badan dah berubah sikit sebanyak,,

    Reply

Leave a Reply