Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..
Rasanya post ni dah ramai yang buat dan pastinya ia tidak akan memberi banyak makna kepada perokok tegar.. Sebenarnya saya terbaca Kosmo online mengenai sedikit info bahan kimia yang berbahaya dalam rokok.. Ini dia infonya :-

Kepada perokok2 macammana dengan info di atas?? Adakah ianya memberi kesan kepada anda??
Ada ke di kalangan anda yang berjaya berhenti dari merokok?? Jika berjaya apakata kongsi dengan rakan-rakan disini..
Tags: bahaya merokok, Kosmo









May 19th, 2008 at 3:53 pm
Merokok sebenarnya hanyalah satu tabiat yang dilakukan oleh seseorang individu tanpa disedari.
Ketagihan yang dikatakan itu hanyalah alasan yang dibina oleh perokok untuk terus merokok.
Untuk berhenti merokok tiada cara lain yang diperlukan, hanya satu iaitu AZAM yang kuat. Yang lain anda tidak perlukan.
Saya berani katakan bahawa perokok terus merokok kerana ianya sengaja memberi alasan untuk merokok dan tidak mau berhenti merokok!
Kenapa, sepanjang hari pada bulan Ramadhan mereka boleh berhenti merokok?
Pelik bukan?
Tepuk Dada, tanya paru-paru, dan lihat poket, dah berapa banyak wang dibakar begitu sahaja menjadi asap..
Salam kekayaan,
THINKERICH
[Reply]
May 19th, 2008 at 4:32 pm
selagi rokok tu dijual, selagi tu ada perokok…naik la harga mcmane pun,siar iklan bahaya merokok pun, selagi rokok tu boleh dapat kat mana2, selagi tu org takkan stop merokok…masalahnya sbb dah ketagih…
Kenapa ketagih? Kenapa tu kena kaji kenapa org hisap rokok? Kenapa ya? sebab suka2, nak release tension atau nampak macho?
Ketagih ialah satu stage selepas kerap jadi penghisap rokok. Macam dadah juga. Hisap dadah selalu kemudian baru jadi penagih. Bila dah tegar, apa ubat pun susah nak rawat.
Cara nak kawal atau kurangkan penagih rokok ni mungkin kena kaji KENAPA jadi penghisap rokok. KENAPA ni untuk generasi masa kini, orang muda2 atau kanak2, mula dari sekolah. Kalau dah tua baru nak cerita, Almaklum lah…masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Dah bebal, tak masuk nasihat.
Kesimpulannya, Mencegah lebih baik dari Merawat.
[Reply]
May 21st, 2008 at 4:17 am
aku juga perokok. nmpak gaya walau sebnyak mn kesan negatif dipaparkan, perokok tegar seperti aku agak susah untuk berhenti selagi rokok dibenarkan dijual di kedai2 runcit.
sebab2 lain aku susah nak benti korang boleh baca di sini. http://aeropama.blogspot.com/2.....k-nak.html
[Reply]
May 24th, 2008 at 12:47 am
Ini semua hendak dgn tidak je nak berhenti merokok. hampir semua tindakan kita dikawal oleh minda, jadi kalau minda kita kuat dan benar² tekad utk berhenti, maka byk la akal digunakan utk berhenti. tapi kalau dah nafsu lebih kuat dari minda, hmm smp bila² pun begitu juga.
[Reply]
October 28th, 2008 at 2:30 pm
saya perokok tegar,bolehla dikatakan camtu kerana saya tak boleh halang diri untuk merokok terutamanya selepas makan dan bila boring.saya nak berhenti merokok tapi tak tahu cara yang berkesan.bagila tips yang berguna untuk saya berhenti merokok.saya sayang jantung saya
[Reply]