Pendekkan link url anda.. Berguna untuk Affiliate
Powered by MaxBlogPress  




Bisnes prepaid hangat masakini





Merajuk

Written by zool on November 22, 2007 – 11:08 pm -

Assalamualaikum kembali.. Nampaknya cuaca dalam minggu ini agak selesa tetapi line dial up di rumah nampaknya tidak menarik.. Rasanya ramai peminat bolasepak yang tau bahawa pasukan kebangsaan England berkemungkinan besar tidak akan ke EURO 2008 setelah tumbang kepada pasukan Croatia untuk perlawanan terakhir.. Pastinya penyokong-penyokong England kecewa amat kerana bolasepak merupakan antara sukan no 1 di sana.. Sabar lah kepada penyokong England yang berada di Malaysia nie…Dan sudah semestinya jurulatihSteve Mc Laren terpaksa mencari kerja baru… HUhuhuh.. Mungkin boleh jadi coach di Malaysia kot..

Memang susah kalau ada kawan yang kuat merajuk tapi lebih susah kalau kita yang kuat merajuk.
Bagi ibubapa yang memiliki anak yang sensitif dan kuat merajuk terpaksa berhati-hati kerana individu yang merajuk ini kadangkala akan melakukan sesuatu perkara yang di luar batasan..
Bagi pasangan yang bercinta, mendapat pasangan yang kuat merajuk sudah pasti agak merimaskan.. Kenalah rajin memujuk supaya tidak berlaku konflik dalam perhubungan tersebut..
Dalam keadaan merajuk biasanya individu akan menyendiri. Ada berbagai situasi untuk memujuk mereka yang merajuk dan ianya bergantung kepada indiviu terbabit..
Merajuk bolehlah dikategorikan dalam beberapa keadaan seperti :-
a ) Merajuk mengada — > Merauk seperti ini adalah disebabkan oleh individu terbabit ingin diberi perhatian terutamanya dari yang tersayang.. Kebiasaannya individu yang merajuk mengada ini merupakan seorang yang manja.. Dan kadangkala perkara yang menyebabkan mereka merajuk adalah remeh ..
b ) Merajuk tak puas hati –> Merajuk ini biasanya berlaku terutamanya pada kanak-kanak. Ini berlaku akibat dari bantahan emosi akibat tidak dapat sesuatu benda dan biasanya protes akan dilakukan oleh individu terbabit samada secara diam atau bising..
c ) Merajuk cemburu—> Kebiasannya merajuk jenis ini disebabkan oleh cemburu pada pasangan.. Ianya biasa berlaku dan kadangkala mampu memutuskan sesuatu hubungan itu.
d ) Merajuk pada tempat —> ada juga yang merajuk pada sesuatu tempat.. Sebagai contoh ada kenangan buruk yang berlaku di kampung halaman yang menyebabkan individu terbabit tidak mahu pulang..

Okaylah cukup setakat ini. Bagaimana dengan anda?? Sudah semestinya anda pernah merajuk tak kira sama ada masa kecil atau sudah dewasa..

Sebenarnya apa yang saya tulis ini hanyalah satu lontaran idea dari saya dan ianya tidak langsung didapati dari buku-buku ilmiah atau pakar-pakar berkenaan manusia, jadi mungkin apa yang ditulis ada yang elok dan ada yang tidak relevan.. Jadi jangan gunakan ia untuk sebarang karangan..
Ianya sekadar bertukar pendapat..


Posted in EMosi, bolasepak |

8 Comments to “Merajuk”

  1. Leeza Says:

    dulu2 masa awal2 kahwin best merajuk2 nih … mesti dpt pujuk nyer … yg bestnyer dpt makan yg best2 kekadang ada gak dpt hadiah … tapi skrg ni dah masuk thn ke-10 ni merajuk lar camner pun … dia cam x perasan jer or buat2 x tau senang citer … jadi lar cam pasangan bisu dlm 2-3 hari tu … tapi bila pikir kita pun dah berumur nak merajuk pjg pun cam xder org layan jer … baik lupakan rajuk tu … yg kenyang dia … yg nyenyak tidur pun dia … kita nak pikir pjg buat sakit kepala jer … terpaksalah redhakan jer … lagipun sebagai umat islam kita dikira murtad kalu x bertegur sapa lepas 3hari kan … heh heh

  2. acai Says:

    kita tengok mungkin jose mourinho yg dikutuk tu bakal menjadi jurulatih england,hehe..walupun tak sokong england tapi kalau englad takde dalam euro mcm tak best jela..huhu

  3. am Says:

    sorry am cakap hal ni…

    bacaan awal pasal bola, yang mana am agak suam2 jer… tapi nak juga teruskan membaca sebab tak tahu kisah pasal bola ni… nak tau jugak apa yang berlaku seterusnya…

    tapi bila click “more” yang keluar pasal permasalahan emosi dan hal2 yang berkaitan psikologi…ianya memgganggu kualiti bacaan pelawat..

    am selalu masuk sini dalam 3 kali seminggu tapi tak tau nak komen sebab topiknya ada 2 dalam satu post… kalau boleh asingkan.. zool akan lihat 2 blog yang sama bagusnya…

    untuk long term tak bagus la… well maybe boleh check ada satu ebook yang am tulis seminggu dua yang lepas… free jer..
    http://www.starstreet.us/free/special-report-25-kesilapan-mengapa-anda-gagal-berblog.html

  4. zool Says:

    leeza —> ciannya.. bapaknya dah tak pujuk lagi sekarang ye..
    acai —> betul tu..
    am —> tq.. nampak am nie prihatin dengan blog saya.. Saya sedang baca ebook nie…

  5. ktom Says:

    zool,
    Jangan merajuk ler…mana pi ni? Beberapa kali Ktom komen tp apasal tak wujud disini…huhuhu…

  6. zool Says:

    ktom –>> aik rasa 2 komen je yang ilangkan ktom??? ada lain ke yang ilang??? komen tu merajuk kot.. memang merajuk pun.. He he he

  7. zuhairy Says:

    saya pun kalau ikut hati nak merajuk gak sebab tak boleh upload gambar dalam blog. Tapi sekarang dah ok. Terima kasih byk2 kerana menolong saya. :)

  8. nana Says:

    merajuk ni tgklah pada siapa, kalau org tua merajuk tak berapa syok nak pujuk, pujuk tu boleh tapi cara dia lain la nak pujuk, tak sama dgn anak2, kita kena paham laa kan. kalu bini merajuk tu tandanya memang nak kita kena pujuk, kesian la pulak….pujuk je…jgn gaduh2



Belajar cara untuk menternak kambing dengan berkesan...

Leave a Comment

RSS