LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Menziarahi kubur saudara

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Agak kepenatan hari ini dan semalam terlepas menonton perlawanan pertama Piala Malaysia 2014. Ini kerana saya telah ke Kampung Sungai Sireh, Klang kerana terdapat kematian saudara belah isteri. Secara jujurnya saya tidak berapa rapat dengan beliau, almaklumlah saya baru je mengenali keluarga isteri tak sampai setahun.
Kalau ikutkan perhubungan sebenarnya agak jauh dimana beliau merupakan menantu pakcik isteri saya namun tetap bergegas ke sana kerana beliau banyak membantu persiapan isteri ketika majlis kahwin di Kuala Linggi. Malahan ketika majlis perkahwinan di belah lelaki, beliau sanggup datang bersama bapa dan emak mertuanya. Ini mungkin kerana beliau merasa kasihan isteri yang juga seorang anak yatim piatu.
Jadi walaupun ketika waktu kerja, saya bergegas ke kawasan yang tidak pernah dijejaki sebelum ini.

 

perkuburan-sungai-sireh

Gambar Hiasan.

 

Walaupun sedikit risau yang saya akan sesat namun dengan bantuan aplikasi Waze, tanah perkuburan Sungai Sireh berjaya dijejaki. Ketika tiba, jenazah telah pun dikambus dengan menggunakan bajak JCB. Ini juga pengalaman pertama saya melihat bajak JCB mengambus tanah dikuburan. Tanah perkuburan di sini agak teratur dan terdapat beberapa kubur baharu bersebelahan.
Terdapat juga keluarga India yang hadir dan selepas diselidiki, mereka merupakan keluarga angkat bagi arwah. Memang suasana sugul di situ dan dapat dilihat ahli keluarga terutama isteri arwah yang tidak dapat menahan duka. Nampak sungguh kehilangan semangat pada diri beliau yang kebiasaannya cukup cergas dan peramah. Diharap beliau tabah meneruskan kehidupan yang mencabar tanpa seorang suami.

Kepulangan kami pada pukul 6.30 petang selepas singgah ke rumah arwah dan didapati isterinya tidur kepenatan sambil saudara mara duduk berhampiran. Ketika pulang, singgah di surau di Jalan Yadi untuk menunaikan solat Asar. Ketika itu ternampak nama ADUN Selat Klang, YB Dr Halimah Ali di sebuah kerusi yang disumbangkan beliau.
Ketika melalui kawasan tersebut, didapati ramai penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar dan ada yang terlebih muatan. Tapi mungkin kawasan tersebut selamat maka tidak perlu lah menggunakan topi walaupun di kawasan yang agak sibuk itu. Apapun, kawasan tersebut agak meriah dimana terdapat beberapa kampung di kawasan yang pesat membangun ini. Diharap ia akan terus menjadi kampung untuk masa yang panjang..
OO ye, ketika memasuki kawasan Klang, saya melalui Plaza Tol Sungai Rasau dan mendapati bahawa selepas 1 September tiada lagi penerimaan bayaran tunai. Agak payah kalau lepas ni nak ke sana. Nampaknya kena bersedia dengan ‘Touch N Go’ kalau nak melintasi Plaza Tol tersebut.

tol sungai rasau
upload jpg

Pulang dan singgah ke restoran tomyam di Bemban sebelum tiba ke rumah pada jam sekitar 9.50 dan hanya dapat menonton 10 minit akhir perlawanan Piala Malaysia 2014 antara JDT menentang Kelantan yang berkesudahan dengan keputusan 1-0 memihak pada JDT.
Itu serba sedikit perjalanan saya dari Melaka ke Klang melawat kematian. Kematian tidak dapat dijangka. Sebelum Ramadhan lalu, seorang pakcik saya juga meninggal akibat sesak nafas serta meninggalkan isteri dan anak yang masih bersekolah. Hampir sama situasi dimana isteri juga mempunyai masalah kesihatan tetapi suami yang ditarik nyawanya oleh Yang Esa.
Apapun semoga mereka tabah dalam menghadapi dugaan hidup ini.

Sekian..

Please follow and like us:
error0

7 thoughts on “Menziarahi kubur saudara

  1. Sekarang ni mungkin kesemua tol akan menggunakan touch n Go sebagai langkah penjimatan dengan mengurangkan pengambilan pekerja mungkin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)