Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sebenarnya agak lama tidak menunggang motosikal sebab motosikal bapa telah digunakan oleh orang lain. Tiba-tiba je tengok ada motosikal Honda Wave dirumah. Nak kata hadiah untuk adik tak mungkin sebab adik trauma naik motosikal. Rupa-rupanya bapa saya mengambil motosikal itu dari orang yang dijamin. Ye lah, dah orang tu tak bayar. Bapa yang bayarkan untuk 6 bulan jadi dia pun ambillah motosikal jenama Honda Wave. Walaubagaimanapun rasanya bapa kena tukar nama pemilik tu. Kalau tidak mungkin mengalami masalah di kemudian hari..
Sebagai budak kampung, menunggang motosikal adalah satu perkara yang perlu. Tak kampung le kalau tak tau naik motosikal kan? Jadi memang bestla bila dapat menunggang motosikal. Yelah , nak pergi tempat yang dekat-dekat lagi selesa naik motosikal berbanding naik MyVi. Tak payah nak fikir tempat parking bila pergi kedai beli barang runcit.
Secara jujurnya, tak pernah membawa motosikal jenama Honda Wave ni jadi agak teruja la sikit. Selepas menunggang di sekitar Jasin, nampaknya motosikal ini lebih mudah ditunggang berbanding motosikal Lagenda. Kebanyakan kawan si ZOol di pejabat menunggang Motosikal Lagenda jadi memang terasa perbezaannya. Dari segi kawalan pun agak baik dan mudah. Paparan muka memang cantik dan kelajuannya boleh tahan.
Apapun, penunggangan Honda Wave kali pertama ini telah menyebabkan si ZOol jatuh cinta. Insyallah kalau mempunyai kemampuan lebih, nampaknya pilihan motosikal si Zool sudah mula tertumpu kepada Honda Wave ni. Lagipun Honda merupakan motosikal yang tidak banyak karenah.
Harganya pun sekitar RM5900 dan kalau ikutkan bayaran bulanan pun sekitar RM200 lebih. Kemampuan mungkin ada jika projek-projek berjalan lancar. Tapi buat masa ni mungkin hanya memerhati je dulu.
Sambil tu sempat ambil gambar motosikal Honda Wave yang berada di halaman rumah ni.

Apa pula pendapat anda? Mungkin bekas-bekas mat rempit boleh memberikan komen tentang motosikal Honda Wave ni.



saya x pandai naik motor pun.. haha
Reply
zool
Reply:
July 19th, 2011 at 21:43
jomlah naik motor.. saya bawak awak bonceng.. ops. haram,,
Reply
aku masih setia dengan yamaya aku. Dah 5 tahun beli. Alhamdulillah, masih boleh merempit sekali-sekala. hehe..
Reply
zool
Reply:
July 20th, 2011 at 07:14
hehehe. rempit jgn tak rempit…
tengah fikir nak beli ke tak…
Reply
minyak jimat jugak nih.. motor honda.. motor aku yamaha kalau jalan2 dekat nih.. kejap betul habis..dah lama jugakla guna..
Reply
zool
Reply:
July 20th, 2011 at 07:16
Jimat ek.. memang boleh cuba ni.
Reply
Klu kt kmpg lagi selese nek moto. lagi rasa nyaman.
itu zool ke??
Reply
zool
Reply:
July 20th, 2011 at 08:12
Ye.. itu saya.. nak panggil model lain tak mampu.. ambil je la model tak boleh laku ni.heheh
Reply
nizamghazi
Reply:
July 20th, 2011 at 08:17
hehe. siap posing pandangan sisi.
Reply