Menteri Belia dan Sukan Mahu Persatuan Bolasepak Negeri Wujudkan Jawatankuasa Integriti

Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Khairy Jamaluddin mula menampakkan usahanya untuk membanteras rasuah dan sindiket mengatur perlawanan apabila beliau mahu semua persatuan bolasepak negeri menubuhkan Jawatankuasa Integrisi masing-masing. Beliau akan menulis surat kepada presiden persatuan bolasepak agar menubuhkan jawatankuasa tersebut dengan kadar segera.

khairy-jamaluddin

Menurut beliau, jawatankuasa ini penting di peringkat persatuan bolasepak bagi memastikan gejala mengatur perlawanan yang semakin menular dapat dibanteras sehingga ke peringkat akar umbi. Khairy memaklumkan yang jawatankuasa itu merupakan saluran utama pemain dan pegawai pasukan bagi memberikan maklumat mengenai gejala negatif yang kembali menular dalam Liga Malaysia.
Khairy juga ingin memastikan kempen kesedaran tentang masalah rasuah ini perlu dimulakan pada pemain muda. Beliau juga meminta kepada mereka yang mempunyai maklumat berkenaan rasuah di arena bolasepak tempatan supaya menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa. Beliau juga memberi jaminan bahawa pemberi maklumat akan dilindungi oleh beberapa akta termasuklah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2012.

– Dunia Sukan

Ini merupakan pendekatan awal yang baik dari Menteri Belia dan Sukan yang baharu. Apapun diharap beliau juga dapat memberi perhatian tentang gejala ini pada sukan yang lain. Mana satu terdapat sukan lain yang juga melibatkan bookie dan bukan hanya pada sukan bolasepak sahaja. Apapun semoga impian beliau untuk menghapuskan gejala rasuah dalam sukan akan berjaya akhirnya.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

8 thoughts on “Menteri Belia dan Sukan Mahu Persatuan Bolasepak Negeri Wujudkan Jawatankuasa Integriti

  1. harap usaha YB KJ dapat kerjasama semua pihak..kalau tak, rasuah ttp akan berlaku dan bakal merosakkan kembali sukan bola sepak Malaysia…oh tidak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.