Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Menteri Belia dan Sukan Baharu fokus pada Program Road To Tokyo 2020

PUTRAJAYA, 11 Mac  — Program Road To Tokyo yang merupakan program persediaan atlet negara merealisasikan emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Julai ini, menjadi keutamaan Menteri Belia dan Sukan baharu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Reezal Merican yang akan mengetuai jawatankuasa program itu berkata beliau sudah diberi taklimat ringkas berhubung inisiatif tersebut daripada pelbagai pihak mengenai persediaan atlet negara untuk menghadapi temasya sukan terbesar dunia itu yang dijadual berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos ini.

“Pada peringkat ini, saya masih meneliti beberapa perkara yang dalam perancangan saya, dan berdasarkan taklimat ringkas itu, saya nampak kita berada pada landasan betul, dan kita mengharapkan impian rakyat Malaysia melihat emas pertama hadir pada Tokyo 2020 menjadi realiti.

“Pada waktu ini, kami menjangkakan 35 atlet akan layak ke Sukan Olimpik 2020, manakala 26 lagi akan layak ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan rasmi beliau selaku Menteri Belia dan Sukan baharu di Menara KBS, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas menegaskan beliau akan meneruskan dasar dilaksanakan kepimpinan terdahulu yang memberi manfaat kepada pemegang taruh dalam bidang belia dan sukan, sambil memaklumkan beliau akan memberi fokus sama rata kepada kedua-dua bidang itu.

“Sebab pemegang taruh yang berada dalam Kementerian Belia dan Sukan tidak harus ditinggalkan begitu sahaja. Sebagaimana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin (Yassin) sebut, kerajaan ini adalah untuk semua, samalah juga dengan kementerian ini yang pemegang taruhnya adalah belia dan sukan,” jelas Reezal Merican.

— BERNAMA

Ligakampung mengharapkan agar ianya perlu menjadi perhatian serius kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi mencapai impian emas pertama dalam Olimpik. Kementerian juga perlu memberi fokus kepada sukan yang memiliki potensi tinggi dalam mencapai kejayaan di dalam peringkat antarabangsa.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)