Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..
Sudah pastinya ada sesetengah dari anda yang mungkin kurang memahami tentang maksud perkataan tersebut.. Saya telah cuba cari dalam wikipedia namun tidak mendapat maksudnya.. Mungkin maksud saya salah tapi definisi saya ialah ‘menganggu’.. Dalam erti kata perbuatan seseorang itu menganggu kehidupan seseorang.. Kenapa saya tiba-tiba berminat dengan perkataan berikut?? Adakah saya ingin menjadi pakar bahasa?? Tidak sama sekali sebenarnya saya merasakan dalam minggu ini saya telah menganggu sedikit sebanyak kawan-kawan samada melalui sms dan chating.. Minta maaf kerana mungkin saya menganggu ketika anda semua sedang buat kerja dan tiba-tiba terdapat persoalan dari saya.. Terutamanya persoalan yang agak jiwang .. He he he.. Saya akui memang agak bosan terutamanya ketika kursus ni terutamanya kesukaran untuk berinternet di kawasan INTAN ni.. Walaubagaimanapun pada hari Khamis ini saya akan kembali ke Melaka dan diharap saya akan kembali untuk menguasai persada blog.. Kepada yang rindu pada saya diharap bersabar ye..
Sekian, saya akan melakukan pengucapan awam esok ( artikel ditulis pada 22 Julai Selasa) dan lusa saya akan bersedia untuk menghadapi peperiksaan… Doakan saya berjaya ye…
Tags: kursus, menjengkelkan









Leave a Reply