Menjelang Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Image Source and Bandwith :- Ns.net.my
Sekejap saja masa berlalu dan pada Jumaat ini (10 Zulhijjah 1430 H). Bercerita tentang Aidiladha ramai yang mengetahui tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t..

Seperti yang kita ketahui pada hari Raya Aidiladha ini akan dlakukan ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Ibadah korban ini memberikan pengertian besar. Bukan sekadar hanya sekadar menyembelih binatang peliharaan sahaja. Ianya juga memberikan makna betapa kerjasama yang dilakukan antara satu sama lain. Ibadah yang dilakukan secara gotong royong ini mampu membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Bercerita tentang mengerjakan haji, sudah pasti tertanam tekad untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima ini. Sasaran saya adalah mampu menunaikan haji sebelum menginjak umur 40-an. Buat masa ini tumpuan diberikan kepada ibu dan bapa saya supaya mereka menunaikan tuntutan agama ini.. Insyaallah..

Bagaimana pula dengan anda?? Adakah anda mempunyai sasaran untuk menunaikan haji? Sudah pasti ada bukan..

‘ SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA’
Semoga ianya memberi pengertian kepada kita semua.. AMIN

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :969
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

9 Responses to “Menjelang Aidiladha”

  1. AcaiiNo Gravatar says:

    Salam zool
    Terima kasih atas perkongsian ilmu ini..selamat menyambut aidiladha zool..ada buat korban tak tahun ni? aku ada buat, tapi satu bahagian je..tahun depan insyaallah bleh buat sekor lembu,hehe..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    tak berapa sgt pun ilmu ni..

    Tak buat korban tahun ni.. harap2 tahun depan income meningkat mampu lah membayarnya..

    Reply

  2. mazudiNo Gravatar says:

    salam
    tak sempat aa naik haji sebelum 40.

    Selamat hari raya aidil adha.
    Tak korbane ker?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kenapa tak sempat??
    ni azam je.. jadi atau tidak bergantung padaNya..

    tak korbane?? he hehe.. jawapan seperti di atas.

    Reply

  3. Dr HouseNo Gravatar says:

    Selamat Hari Raya AidilAdha untuk Zool. Sudah pasti lembu-lembu dan kerbau-kerbau serta kambing-kambing akan gelisah hari ni.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    risau mereka pun tak serisau adik2 kita yang akan dikhatankan.. ha haha

    Reply

  4. tunepalNo Gravatar says:

    tadi hujan kat mekah. siap banjir lagi tu..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ye la.. satu keajaiban tu.. jarang mekah hujan pada aidiladha

    Reply

  5. JebatjrNo Gravatar says:

    salam perkenalan bro ligakampung ;)

    alamak,sama lah pulak dengan gambo kat blog sy, anyway Selamat hari raya Aidiladha :)

    Reply

Leave a Reply