Tudung-tudung menarik boleh dibeli dengan harga masyuk
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sebenarnya artikel ni saya dah tulis 2 hari lepas tapi ianya hilang. Tetapi saya rasa suka kiranya berkongsi sedikit pendapat.. Nampaknya dalam beberapa tahun kebelakangan ini saya akui tahap keterlupaan saya berada dalam keadaan yang agak kritikal.. Kadangkala dalam tempoh beberapa saat sahaja barang yang diletak tidak dapat dicari ..Macam baru-baru ni saya terlupa di mana letaknya kunci kereta sehingga terpaksa mengemaskan meja sendiri. Dan rupa-rupanya kunci tersebut diletakan di meja bersebelahan.. Sunguh kelakar sekali. Tapi begitulah kuasa ALlah. Kuasa ingatan adalah sesuatu perkara yang amat berharga kepada kita. CUba bayangkan memori-memori indah kita sebelum ini ditarik balik olehNYa.. SUdah pasti hidup kita seperti tiada makna lagi.

Namun kadangkala kita lupa dengan nikmat olehNya. Kita sering melakukan perkara-perkara yang akan menyebabkan tahap mengingat itu hilang.. Melihat benda-benda yang tidak patut dilihat, menyebut perkataan yang tidak sepatutnya dan berbagai perkara lagi yang akan menambahkan lagi tahap kenyanyukan kita.

Saya terjumpa dalam blog CikguMat mengenai mengapa kita jadi pelupa. Dalam blog beliau dinyatakan bahawa terdapat 3 jenis lupaan ( boleh guna ke perkataan ni?) iaitu lupaan gangguan, lupaan keusangan dan lupaan desakan emosi.
Kalau diperhatikan biasanya kita mengalami lupaan keusangan dimana maklumat-maklumat lama yang sukar untuk dicapai dalam memori. Lebih-lebih lagi dengan faktor umur yang meningkat yang man mengurangkan produktiviti otak..
Lupan gangguan pula sering berlaku terutamanya kepad para pelajar. Baru nak paham satu subjek tiba-tiba datang pula maklumat terbaru. Biasa berlaku terutamanya ketika baru nak memahirkan diri dalam sesuatu pekerjaan. Tu pasal susah nak pandai..
Lupa dari segi emosi pula akibat dari terlalu berharap untuk mengingat sesuatu perkara menyebabkan tekanan dan sekaligus perkara tersebut menjadi lupa..

Selain itu terdapat petua buat si pelupa seperti saya iaitu :-

1. Tidur perlu mencukupi. Dengan rehat yang mencukupi mampu menjana minda dan seterusnya talian ingatan dapat bercambah dengan baik…
2. Kawal tahap tekanan/stres. Jiwa yang penuh dengan stress memang menyukarkan minda berfungsi dengan baik sekaligus ingatan sedikit demi sedikit menjadi kabur ..
3. Bersenam.. Dengan mengamalakan senaman secara teratur akan membantu perkembangan fizikal sekaligus menjana pendapatan memori untuk disimpan dalam otak..
4. Elakkan kemurungan.. Sentiasa bersosial dan elakkan dari diri berada dalam kesedihan. Saya sendiri mengakui kadangkala berasa sunyi namun menggunakan medium internet mampu mengelakkan kemurungan..
5. Sentiasa ingat kepadaNya .. Bacaan AL-Quran dan solat-solat dapat membersihkan jiwa dan sekaligus rahmat dariNya akan diberi.. Insyallah kita akan dihindari dari sifat-sifat mudah lupa

Saya teringat satu ayat dari salah seorang penceramah iaitu ‘ Mencari adalah Pencuri Masa’… Lupa memang akan membuang masa kita. Masa mencari boleh digunakan untuk perkara yang lebih baik..

Bacalah katun INdon ni… Saya pun ambil masa 3 kali baca baru nak paham..

Credit Pic:- http://ndhereklangkung.blogdrive.com/

Semoga apa yang ditulis ini akan menjadi panduan untuk diri saya amnya dan mungkin dapat membantu anda semua..

Tags: , , ,

2 Responses to “Menjadi Pelupa”

  1. aku selalu bawa nota kecik untuk mengingatkan aku. aku juga gunakan reminder dekat handpone aku. aku juga pelupa seperti kau

    [Reply]

  2. alamak aku lupa ap nak komen tadi…hahaha…. anyway, terimakasih di atas peringatan anda!

    [Reply]

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>