Menilai Individu
Written by zool on March 27, 2008 – 3:23 pm -Assalamualaikum.. Panas sungguh hari ni.. Bukan sebab cuaca atau disebabkan kena marah oleh sesiapa . Sebenarnya takde apa-apa pun, cuma mungkin kadar lemak dalam badan yang mengakibatkan ketidakselesaan badan..
Okay selepas tiada idea, almaklumlah 2-3 hari ada sedikit ketentuan yang menuntut perhatian yang lebih.. Jadi tidak mampu untuk menulis di blog ligakampung.. Namun diucapkan terima kasih kepada BD yang menulis mengenai bolasepak..
Nampaknya topik kali ini mungkin menarik bagi sesetengah orang dan mungkin ada yang bosan dengan topik ini..
Apa yang anda lihat pada seseorang??.. Kalau diperhatikan sudah pastinya berbeza antara satu sama lain.. Ianya bergantung kepada citarasa masing-masing.. Ops sebelum saya terlupa, ianya tidak semestinya pada pemilihan kekasih sebaliknya melibatkan samada dari segi pemilihan kawan, rakan kongsi dan sebagainya..
Okay antara aspek-aspek yang sering menjadi penilaian seseorang individu ialah :-
1. Fizikal — > mungkin kadang kala berlaku double standard kepada penilaian seseorang itu.. Ada yang lebih memandang fizikal samada dari paras rupa, tubuh badan dan yang sewaktu dengannya..
2. Pertuturan –> Didapati mereka yang pandai berkata-kata mudah mendapat kawan.. Ini mungkin disebabkan oleh kekaguman terhadap mereka yang pandai berkomunikasi ini..
3. Bahasa badan –> Ops ni secara jujurnya saya tak berapa pandai tapi ini telah diutarakan oleh salah seorang rakan blogger jika seseorang itu seorang yang tidak pandai bermain kata-kata..
4. Perwatakan —> Hm perwatakan yang menarik mampu memberikan pandangan yang baik kepada seseorang..
Hm cukup sedikit sebanyak beberapa pandangan saya tentang bagaimana kita menilai seseorang individu.. Saya yakin anda semua pasti ada idea-idea yang lebih bernas untuk dikongsi bersama…
p/s : Sori kepada rakan blogger, x kerana tidak dapat menulis seperti apa yang awak nak.. Mungkin idea yang awak bagi belum mampu untuk dikupas..
Posted in EMosi, kehidupan, manusia |
5 Comments to “Menilai Individu”












March 28th, 2008 at 2:28 am
Buat lak topik pasal menilai bos di tempat kerja… baru syok Hehehehe
March 28th, 2008 at 1:04 pm
hm.. kalau nak tau rajin2 lah baca blog nie atau subscribe melalui emel…
Mungkin anda akan paham sedikit sebanyak..
March 29th, 2008 at 12:48 pm
perlakuan dan perwatakan…
aku paling suka tgk yang itu..
dan aku suka menilai..
lalu bersuara..
March 31st, 2008 at 1:43 pm
Pembawakan diri iaitu cara berpakaian, keyakinan diri dan ada gaya yang tersendiri, itu adalah apa yg mula2 orang menilai kita dan selepas itu cara kita berkomunikasi dan idea2 yg kita utarakan akan dinilai siapa kita sebenarnya. Dengan sebab itulah semasa menghadiri temuduga ” first impression ” adalah amat penting.
Tapi walau bagaimanapun hayatilah kata2 ini :-
Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
kalau hati itu bersih…..
April 12th, 2008 at 5:50 am
amat bersetuju dgn ktam..