Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hm.. 2-3 hari lagi nampaknya gaji bagi kakitangan awam. Mungkin bagi pekerja swasta pun ada yang menerima gaji pada hujung bulan juga. Dan pada waktu-waktu sebegini ramai dari kalangan kita yang duit poket tinggal cukup-cukup makan sahaja. Tak kurang jua yang terpaksa memecahkan tabung disebabkan terlebih bajet pada bulan tersebut. Yang peliknya gaji sebulan cepat saja habis. Tak tau ke mana perginya… Tergaru-garu kepala bila sesuatu kecemasan berlaku. Apa lagi terpaksa meminjam sana sini.. Lebih teruk lagi terpaksa berjumpa ‘Ah Long’ untuk mendapatkan wang segera…
Baru-baru ini saya telah diminta oleh seorang penulis untuk meriew buku berkenaan kewangan.. Membaca ebook yang ditulis memang membantu dari segi pengurusan kewangan. Percaya atau tidak, kebanyakan dari kita gagal dari segi pengurusan pendaptan.. Bukan sebab gaji kecil tapi kurang inisiatif untuk mengurus duit. Saya pernah mendengar cerit seorang kawan saya tentang seorang driver yang memiliki 10 orang anak.. Walaupun pendapatan tidak sebesar gaji pegawai tapi mampu membesarkan anaknya dengan baik.. Begitulah kebijaksanaan seseorang individu dalam menguruskan gaji yang diterima.. Berbeza sekali dengan kebanyakan anak-anak muda yang menghabiskan duit ke tempat yang salah. Apa taknya, dapat je gaji pegi modified keretalah, gi clubbing, main Toto, skim piramid dan sebagainya. Saya teringat dengan satu kata ‘ Duit yang kita dapat hari ini bukan untuk hari ini, sebaliknya ia adalah untuk hari kemudian’.. Maksudnya, duit yang kita ada sepatutnya disimpan sedikit. Mungkin ramai yang kata ‘ala duit bukan boleh bawa mati’ tapi ingatlah bahawa mati pun perlukan duit. Sanggupkah anda menyusahkan waris anda dengan tiada duit.
Berbalik semula kepada ebook ‘pengurusan pendapatan’ yang memiliki 110 m/surat.. Ebook tersebut memang sesuai sekali untuk dibaca bagi mendapatkan panduan yang betul dalam menguruskan duit gaji kita..
Apa tunggu lagi. Klik gambar dibawah untuk mendapatkannya.



kawan saya adik-beradik lebih dari 10 orang dia nombor 13.bapa dia cuma penoreh getah sahaja.tapi semua anak pandai-pandai.
Reply
cyclone_ps
Reply:
June 23rd, 2009 at 09:13
beruntung la dpt anak pandai2…lg satu even keje toreh getah tp yg paling penting keberkatan tu ada pd rezeki dia…
Reply
tu la kan. aku tengok zaman bapak-mak kita duit sket je tapi boleh menyara semua anak beranak. cukup pakai makan semua. hehe
Reply
Hidup kat bdr metrpolitan lebih menuntut kebijaksanaan individu utk mengurus kewangan.
Setuju dgn En Zool..perlu dapatkan tip2 dan petua2
pengurusan kewangan daripada buku..klu malas nak baca buku.. bolehlah jumpa terus dgn perunding
kewangan yg bertauliah.
Reply
setuju sgt..
Reply