Cara Mengatasi Rasa Rendah Diri

facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Baru-baru ini terbaca mengenai kisah rendah diri dalam blog Redmummy mengenai ‘Rendah Diri’. Perasaan rendah diri memang memberi kesan yang negatif dalam kehidupan. Ia akan menyebabkan seseorang berasa dalam kegagalan dalam hidup dan sering menyalahkan diri sekiranya kalah dalam sesuatu perjuangan. Kebanyakan darinya takut untuk keluar dari kepompong dan terus berada dalam dunia sendiri.

Memandangkan si Zool juga memang mempunyai sifat rendah diri rasanya mungkin boleh berkongsi sedikit idea. Antara cara mengatasi rasa rendah diri ialah :-

1. Tidak perlu terlalu berfikir untuk mengatasinya. Seboleh-bolehnya biarkan perasaan rendah diri hilang secara natural tanpa perlu dipaksa.
2. Kebiasaanya perasaan rendah diri bertambah bila kita sibuk membandingkan dengan orang lain yang lebih.. Si Zool pun selalu juga berperasaan begitu lebih-lebih bila diperhatikan evolusi kawan-kawan di sekeliling. Tapi kalau nak bandingkan pun buat pedih luluh hati je kan.. Baik teruskan mengubah diri dan bersyukur dengan yang diberikan olehNya… Jangan terlalu memandang orang lain sebaliknya percayalah yang kita mempunyai hidup yang lebih baik kelak.. AMIN..
3. Cari kelebihan sendiri. Setiap orang pasti ada kelebihan masing-masing cuma jumpa atau tidak je. Walaupun telah meniti umur ke arah dewasa si Zool masih lagi berusaha mencari kelebihan kerana yakin mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan kelak. Kalau dulu si Zool hanya menyanyi seorang diri, kini telah mula berani menyanyi di K-Box dan belajar memetik gitar (sapa pandai? boleh ajar si Zool secara free tak?? ).. Mana tau satu hari nanti boleh nyanyi di Youtube sambil memetik gitar.. Huhuhuhuhuhu..
4. Pedulikkan hinaan orang. Ramai manusia yang lebih banyak mencerca, menghina dari membantu. Jangan terikut dengan kata orang. Masuk telinga kanan dan telinga kiri sekiranya kata-kata mereka menyakitkan.
5. Kebiasaannya orang yang rendah diri mempunyai tahap ke’sensitif’an yang agak tinggi. Kurang-kurangkan bercampur dengan individu yang bermulut celupar kerana anda pasti akan sakit dan menyimpan dendam di dalam hati.
6. Banyak-banyakkanlah membaca. Tak kira buku berilmiah , buku komik Shin Chan atau blog OhPemandu.com . Mungkin dapat mengubah perasaan rendah diri yang menular dalam diri.
7. Menulis adalah salah satu terapi terbaik. Kalau dahulu menulis di diari menjadi kaedah yang popular kini blog mampu memberikan kepuasan. Bukan setakat dapat meluahkan yang terpendam tetapi kalau kena caranya boleh ‘masyuk’.
8. Kebanyakan perasaan rendah diri adalah akibat dari kekurangan dari segi fizikal. Yup ini memang sukar untuk diubah walaupun boleh dilakukan. Ada yang menangis sebab wajah yang tidak cantik seperti Rozita Che Wan atau tubuh yang tegap seperti Fahrin Ahmad. Itu semua adalah sementara sahaja. Jika kita tak mempunyai kehebatan fizikal cubalah kekuatan lain. Cuba kita gerakkan minda dan cari sesuatu yang tak melibatkan paras rupa namun mampu membanggakan diri. Cuba lihat Stephen Hawking yang mengalami kecacatan namun mempunyai keazaman untuk berjaya. Ini sekadar satu nama, ramai lagi yang cacat dan susah yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.
9. Solat dan mohon petunjuk kepadaNYa. Ini adalah yang terbaik sebab dengan mendekatkan diri padaNya memberikan pedoman kepada kita.

Cukuplah untuk kali ini.Percayalah yang kita adalah pemenang kerana berjaya masuk ke dalam rahim ibu berbanding berjuta-juta sperma lain yang mencubanya.. Walaupun beratus kali kita gagal dan dipersendakan namun sekurang-kurangnya kita masih mempunyai matlamat.

p/s :- Ini sekadar pendapat dari si Zool yang tidak mempunyai sebarang pendidikan psikologi. Ianya sekadar pengalaman dan pengamatan sahaja serta ditulis untuk memberi motivasi terutama untuk si Zool . sendiri. Tak perlulah diambil pusing sangat mengenainya. Sila rujuk kepada pakar psikologi/ kaunseling untuk mendapatkan pandangan serta nasihat.

Pengunjung Entri Ini :9283

21 comments:

  1. being humble is good.. but having low-esteem is bad.. should have more confidence =)

    Reply

    zool Reply:

    yup.. i still find confidence in relationship… :0

    Reply

  2. as long as u can accept the fact that everybody is equal…then u’ll be able to bring up ur self-esteem

    Reply

    zool Reply:

    yup.. thanks for your comment

    Reply

  3. setiap orang mempunyai kelebihan masing2..so kita kena cari la apa kelebihan yg ada pada diri kita..me too had this kind of feeling..tp alhamdulillah berjaya mengatasinya sedikit demi sedikit..and one thing banyakkan baca motivational book..insya Allah..it will help a lot :)

    Reply

    zool Reply:

    betul2 .. tq tambah info berguna

    Reply

  4. thanks zul dengan tips ni
    kenkadang rendah diri ada kebaikannya

    Reply

    zool Reply:

    tapi perlu ada batasan.. tak boleh terlalu merendah diri

    Reply

  5. menurut info yang aku baca, rasa rendah diri nie bakal mengundang bencana pada kerjaya sendiri.. so berusahalah.. =P

    Reply

    zool Reply:

    yup..
    siotlah ko ni.. gambau awek mana ko sapu ni???

    Reply

  6. terbaik zool..:) sbnrnya rasa rendah diri tu sering dikaitkan dengan kekurangan fizikal..ia ada dalam fikiran orang tu je..sbnrnya kalau dia mempunyai fikiran yang cergas, skill yang banyak dan cara berfikir yang bagus mereka takkan rasa rendah diri walaupun hanya hidup tanpa kaki dsb..:)

    Reply

    zool Reply:

    yup… setuju tu.. selalu dikatakan tentang fizikal…
    ada juga disebabkan diri sendiri.. sering gagal menyebabkan diri sentiasa berasa rendah diri..
    kadangkala terlalu nak jadi seperti org lain boleh menambahkan tekanan..
    yang penting.. pikir diri sendiri ..

    Reply

  7. setiap manusia ada rasa rendah diri.saya pun ada juga.
    si Zool ni pun ada.samalah kawan hoi.hehee….

    nanti saya cuba pergi pakar psikologi/ kaunseling.
    mana nak tahu.lebih bersemangat ke.

    PS : bukan Cik Safar lah.panggil saya Encik saya.
    silap siapa ni.saya laki lah………….

    Reply

    zool Reply:

    yup…
    samalah kita

    p/s :- lain kali komen biar jelas sikit ek

    Reply

  8. Being humble (rendah diri) and no self-confidence (keyakinan) are two different things.. Rendah diri ni boleh membawa kita jauh, lebih2 lagi kalau org suka dgn cara kita tu.. Tp kurang keyakinan diri boleh membuat kita selalu dibuli dan susah nak pergi jauh sbb kita seperti seorang penakut yg tak boleh mengetuai sesuatu organisasi..

    So I think being both confident and humble actually can bring a person very far. Just know when to apply either one.

    Reply

    zool Reply:

    tq. untuk info tersebut…

    Reply

  9. salam…

    macam mane nk hilang rasa malu di hadapan orang…lagi2 ble nk buat pembentangan mengenai kerja… speaking mmg xtau lgsg..mgkn ade sikit rs rendah diri, mgkn ke kerana pemalu sgt yg menyebabkan kurang keyakinan diri…??

    Reply

  10. thanks atas tips tersebut.Saya pun selalu terasa rendahnya diri bila berhadapan dgn orang yang lebih dari sy padahal kita sendiri ada kelebihan yg orang lain takde kan.rasa yakin sedikit bila baca tips yg saudara bg.kalau boleh sy nk copy letak dlm blog saya.boleh ker?

    Reply

    zool Reply:

    sila ambil.. tadahal./

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

69,268 Spam Comments Blocked so far by Spam Free Wordpress

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge