Mengasing Telur Cacing

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nampaknya hari Ahad lalu saya telah menukar media cacing untuk kali kedua.. Secara amnya saya dapati kadar pertambahan cacing tidak menunjukkan kadar yang tinggi.. Setelah sebulan, kadar peningkatan hanya 0.4 gram sahaja.. Saya memang agak musykil kerana melalui jangkaan ianya mampu meningkat sekitar 1 kg.. Walaubagaimanapun setelah saya meneliti barulah mendapat kesimpulannya.. Ketika melakukan penukaran media cacing pada kali pertama pengasingan telur cacing tidak diambil perhatian.. Ini sedikit sebanyak menyebabkan kurangnya pembiakan cacing tersebut.. Disebabkan kesilapan itu untuk penukaran media kali kedua saya mengambil langkah yang lebih teliti dengan mengasingkan cacing, baja dan telur .. Memang amat meletihkan lebih-lebih lagi saiz telur cacing yang halus tu.. Tetapi berdasarkan anggaran terdapat lebih dari 100 telur cacing dijumpai… Wah patutlah kadar peningkatan cacing sebelum ini agak sedikit.. Tak mengapa, ianya masih dalam percubaan.. Insyaallah saya menjangkakan pada tuaian ke-3 iaitu pada hujung bulan ini jumlah berat cacing akan bertambah dari 1 kg ke 2.2 kg..
Memandangkan adik saya telahpun pulang ke UMP nampaknya saya perlu lebih bekerja keras untuk melakukan pengasingan tersebut..

Okay macammana cara mengasingkan cacing, telur dan baja??? Sebenarnya cara saya agak kurang praktikal di mana saya menggunakan tapis besi.. Mengambil masa yang agak lama tetapi baja yang ditapis memang cukup halus (minta maaf gambar tak dapat dipaparkan, kamera rosak).. Kepada mereka yang menternak cacing dalam skala besar anda boleh mengayak cacing tersebut menggunakan penapis pasir yang diubahsuai.. Tapi perlu memastikan jaring cukup halus bagi mengelakkan anak cacing ditapis .. Rugi woo… Ini contoh penapis yang sesuai..


Gambar dari Chini Agro Enterprise

Rasanya cukup setakat ini… Insyaallah saya akan menceritakan perkembangan selanjutnya..

Iklan sekejap :-
Kepada sesiapa yang berada di Melaka dan menanam pokok bunga saya mengesyorkan baja cacing.. Kenapa?? Kerana ianya 99.9% tanpa bahan kimia.. Ianya hasil campuran tahi kambing dan habuk papan.. Berminat?? Emel :- zzarizi@gmail.com

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1551
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

17 Responses to “Mengasing Telur Cacing”

  1. syiaNo Gravatar says:

    waaa..awk semakin hari semakin byk keje awk..x penat ke?

    Reply

  2. A.FahdNo Gravatar says:

    Hello bro.. first time i tgk pic dan baca artikel pasal pengasingan telur cacing..

    Tengok cacing je i ada sedikit geli..hehe

    I’ll waiting for ure next post..

    Salam Cinta dan Kejayaan,

    A.Fahd
    http://www.senicinta.com/blog

    Reply

  3. budakmerahNo Gravatar says:

    blog budakmerah x apdet sgt. cuba usha http://thinker.my k. tengs!

    Reply

  4. abgjasNo Gravatar says:

    Hi Zool,
    Nampaknya kerja Zool memerlukan ketekunan yg tinggi. Bayangkan saja, kalau terpijak habis semua cacing2 dan telurnya sekali.

    Moga usaha Zool mendatangkan hasil yg lumayan.

    Reply

  5. Afzai AfandiNo Gravatar says:

    wah, semakin sibuk en zool sekarang !!! lepas ni mesti masyuuuuk kencang ni :)

    Reply

  6. syamNo Gravatar says:

    wohoho… nampaknya kadar keberatan cacing tak mencapai jangkaan? takpe bro. belajar dari kesilapan. pasti itu ilmu plg berharga pernah kau dpt. aku jamin!

    teruskan usaha kau kawan…

    Reply

  7. bondaNo Gravatar says:

    zool ..
    macam mana rupa telurnya. Tak pernah perasan. Yang color putih ke?

    Reply

  8. zoolNo Gravatar says:

    syia –> penat?? ala nak banding orang lain saya kiranya tak berapa sibuk syia…
    A.Fadh –> geli ek.. masing2 ada kemampuan dan kekurangan biasalah tu..
    budakmerah–> nanti usya.. ada makwe ke??
    abgjas –> memang kena fokus sebab rugi kalau terbuang telur tu.. dah le kecil je.. lebih kecil dari telur cicak..
    Afzai Afandi –> insyaallah.. tapi still belajar lagi bro…
    syam –> tu le pasal.. ni tengah kursus plak.. rindu plak kat cacing.
    bonda –> hm cuba ambil cth benda bulat kat media.. tekan.. kalau pecah tu le telurnya.. warnanya kuning keemasan ( tanda hampir nak keluar dari muka bumi ), kuning2 sikit (baru lagi), putih pun kengkadang ada.. yang penting cari yang bulat2..
    rugi kalau buang sebab satu telur 6 ekor boleh keluar..

    Reply

  9. ayiipzNo Gravatar says:

    ok gak tu bro , tapi aku baru buat tuai yang pertama dan tiada kadar peningkatan tetapi pengurangan sebanyak 0.3% fuhh tension uhh.

    Reply

  10. titanNo Gravatar says:

    aku ada request. Nak tengok gambar bayi cacing tu. Leh tak zool?

    Reply

  11. zoolNo Gravatar says:

    ayipz –> alamak mesti ko tak beri tumpuan kat telur cacing tu bro..
    titan –> boleh tapi aku kena beli kamera dulu.. setakat ni belum mampu

    Reply

  12. bondaNo Gravatar says:

    Saya dah kenal pasti telurnya.Satu rak kami dapat beratus . Ada yang menetas di tapak tangan lagi.

    Reply

  13. zoolNo Gravatar says:

    bonda –> hebat2.. kena jaga bebetul.. saya gi kursus 2 minggu terus kurang berat cacing saya.. syak ada mati…. tapi tak dapat nak carik bukti.. Huhuhuhuhuhuhu

    Reply

  14. aniNo Gravatar says:

    x dapat kenal lagi la telur cacing…tension tul…

    Reply

  15. adikcuteNo Gravatar says:

    kepada yg berminat,

    km juga menjual cacing, baja RM 5/kg, makanan RM 1/kg dan peralatan cacing.

    jika mempunyai bajet yg sederhana, dgn hanya RM
    500 anda mampu mempunyai :
    rak cacing + bekas cacing + makanan cacing 25kg++ + 1kg cacing

    dan jika mempunyai bajet lebih, dgn RM 900 anda mampu mempunyai :
    rak cacing + bekas cacing + makanan cacing 50kg++ + 2kg cacing

    kami juga memberikan penerangan/kursus secara PERCUMA!!
    Jangan lepaskan peluang yg ada..
    Oh ya! kami di UTARA (penang,kedah)
    penghantaran percuma bagi di negeri kedah.
    sebarang masalah hubungi kami :
    012-5929431 (wani)

    Reply

  16. AkramNo Gravatar says:

    Salam bg zool,
    Sy student UIA dr Kota Bharu…baru stat bela cacing 1 Feb 2009, isi cuti 7 bulan. Blog abg ni baguih lah, byk info jujur bleh sy dpt.
    Cuma sy nk tanye skit…Kalau abg pisahkan cacing drpd medium pakai penapis tu, bila abg asingkan telur cacing plak?

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    kenapa cuti 7 bulan???
    Tentang asing cacing n telur memang di waktu menapis sekali.. Biasalah kadang-kadang telur tu terlepas gak…
    Nak asingkan 100% cacing/telur adalah perkara yang sukar..
    biasa kalau cacing/telur pun termasuk dalam baja..
    Untuk lebih selamat.. Buat dua kali penapisan..

    Terima kasih kerana singgah ke blog ini.. Saya bukan expert tentang cacing ni.. Tapi boleh membantu jika tau.

    Reply

Leave a Reply