Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sedikit penat , almaklumlah 1hb adalah hari mengeluarkan bil rumah awam. Jadi memang terpaksa bermastautin di pejabat.. Terbaca satu kisah di suratkhabar mengenai pembunuh mengamuk setelah dijatuhi hukuman mati. Bukan setakat tu je malahan ibunya juga dijeritkan setelah cuba mententeramkannya..
OHOR BAHRU: Si Tanggang Moden. Gelaran itu mungkin layak diberikan kepada seorang pemuda keras hati yang tergamak menengking dan menghalau ibunya ketika wanita berusia separuh abad itu cuba menenangkannya ketika dia mengamuk di ruang perbicaraan Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
“Ah, mak ni, jangan sibuklah. Pergi keluar sana!” jerit bekas pembantu restoran, Abu Bakar Musa, 25, sambil merenung tajam ke arah ibunya yang kemudian terpaksa berundur ke luar bilik mahkamah sambil menangis hiba diperlakukan sedemikian oleh anak sendiri.
Sebelum itu, Abu Bakar tiba-tiba naik angin dan mengamuk sebaik Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azahar Mohamed, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya selepas disabitkan kesalahan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun pada 2006.
Selain itu, tertuduh turut dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 15 sebatan kerana kesalahan merogol mangsa sama, Syafiqah Mohamad Borhan di Bandar Baru Uda di sini, antara 25 hingga 27 Januari 2006
Sebelum itu, Abu Bakar dilihat sebak dan hanya merintih di kandang tertuduh sambil ditenangkan adik lelaki dan ibunya sebelum dia tiba-tiba bingkas bangun dan menengking Timbalan Pendakwa Raya, Ian Shang Kuan Chou Chuen dan Juanita Mohd Said, dengan kata-kata kesat dan berbaur ugutan.
“Aku tak puas hati dengan Timbalan Pendakwa Raya yang ni. Mana dia? Kurang ajar betul kau… Engkau memang nak kena ya? Jaga kau nanti, aku takkan lepaskan kau. Kau tunggulah!” pekiknya tanpa mempedulikan kira-kira 20 hadirin dalam kamar bagi menyaksikan perbicaraan.
Sumber :- Harian Metro
Hm.. itulah dia Hukum Karma.. Kalau buat jahat dapatlah balasan setimpal.. Masa buat jenayah tak fikir, dah terkena tak puas hati plak.. . Kepada sesiapa yang ingin melakukan jenayah di luar sana, fikirlah masak-masak.. Kerana setiap yang dilakukan pasti ada balasannya.. Dan ia bukan hanya terkena pada anda sahaja tetapi kepada kaum keluarga juga.. Kesian kat mak penjenayah. Mesti semakin sukar nak menghadapi masyarakat selepas ni.. Wallahualam..
RSS Feed
Twitter



August 1st, 2009
zool
Posted in
Tags: 


memang patutla sanggup buat jahat. mulut pun jahat bermula dari hati yang jahat juga hu3.
klu dilihat dari mata kasar pada zaman ini memang ramai remaja yang sebegitu rupa.
Reply
wawa..camtu sekali mengamuk..
Reply
penyakit apa budak ni kena.
Reply
Macam-macam la orang zaman sekarang nie. Tanggang nie!
p/s: Meh promote blog nie kat Malaysia Blogsphere Jumpa di sana
Reply
ler..cam gitu plak dia..
Reply