Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Jika sebelum ini saya pernah membuat entri mengenai menjadi penulis upahan untuk entri kali ini saya pula yang mendapatkan penulis upahan. Apa itu penulis upahan? Definisi penulis upahan untuk entri ini adalah individu atau organisasi yang menulis blog untuk dan diberi upah atas hasil entri beliau. Itu yang sedang dibuat oleh si Zool tapi ianya bukan berlaku pada blog ligakampung.com. Ianya adalah untuk blog niche ‘kesihatan’ yang ditulis dalam English. Idea untuk mendapatkan penulis upahan difikirkan selepas memikirkan perkara-perkara berikut :-
1. Keunikan entri. Secara amnya, kebanyakan entri yang dihasilkan dalam blog niche tersebut banyak di ‘copy paste’ atau diubahsuai sedikit sebanyak. Ini tidak baik dari segi permainan SEO. Jadi saya merasakan mungkin penulis upahan mampu membantu untuk mendapatkan entri yang berbeza dari yang lain.
2. Kelemahan dalam Bahasa Inggeris. Secara jujurnya saya akui banyak kelemahan dari segi grammar, tense dan sebagainya. Ini mungkin memberi kesan kepada para pembaca dimana kesukaran untuk memahami apa yang disampaikan dalam entri tersebut. Itu yang sekarang ni rajin tengok OhMyEnglish kat ASTRO IQ.. Pasti dapat memperbaiki sedikit sebanyak dalam penulisan blog berbahasa Inggeris.
3. Dapat buat kerjasama dengan penulis upahan. Pada permulaan ni mungkin penulis upahan akan sekadar membuat entri tentang kesihatan je. Mungkin pada masa hadapan bila blog niche kesihatan itu mendapat peluang untuk review atau event, penulis upahan tersebut boleh menjadi wakil. Mana tau blog kesihatan tersebut boleh meletup pasti beliau akan menjadi ahli dalam organisasi si ZOol.
4. Dapat mengurangkan masa untuk menulis. Jika selama ini terpaksa menghabiskan masa dalam 30 minit untuk menulis entri, mungkin dengan adanya penulis upahan masa dapat dikurangkan. Masa yang terluang boleh digunakan untuk mempromosi blog, blogwalking, ping blog dan sebagainya.
Selain dari itu, terdapat beberapa perkara perlu diambil perhatian sebelum mengupah seorang penulis upahan di blog tersebut. Antaranya ialah :-
1. Siapakah penulis itu. Saya telah pun mendapat pengesahan dari penulis tersebut dimana beliau akan mencuba menulis artikel berkaitan kesihatan dalam English. Sebenarnya saya tidak mengenali sangat penulis tersebut kerana hanya kenal di alam maya sahaja. Walaubagaimanapun saya memilih beliau kerana
- Melalui blog beliau, saya dapati beliau belajar dalam bidang yang melibatkan kesihatan. Jadi sedikit sebanyak pasti mudah untuk beliau menulis pasal kesihatan ni.
- Beliau adalah pelajar. Berbeza antara pelajar dan mereka yang bekerja. Kalau pelajar pasti mempunyai sedikit kelapangan berbanding kalau sudah bekerja.
2. Kewangan. Saya perlu bersedia dengan bayaran yang perlu diberi kepada penulis upahan ni. Saya telah menawarkan harga mengikut artikel dan dipersetujui. Harganya tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah untuk kerja menulis 400 patah perkataan.
3. Mencari sumber pendapatan. Sekarang ni bergantung pada duit poket. Memandangkan saya perlu mengupah penulis, maka blog niche kesihatan tersebut perlu dioptimumkan supaya dapat memberi pendapatan yang baik bagi menampung perbelanjaan.
4. Risiko artikel yang dihantar. Mungkin dari segi kualiti dan kuantiti perlu dijaga dengan baik bagi memastikan blog ini semakin meningkat. Kena juga memastikan bahawa artikel itu unik dan berjaya lepas ‘copyscape’
Okay, cukuplah setakat ini. Sekarang ni saya masih menunggu artikel yang bakal dihantar oleh penulis upahan itu. Diharap artikel tersebut mampu membantu meningkatkan lagi kualiti blog kesihatan tu.
Sekian




melangkah maju setapak lagi
Reply
zool
Reply:
July 7th, 2012 at 23:50
harap begitula
Reply
Penulis upahan tu bunyi macam pembunuh upahan pulak. >_<
Reply
zool
Reply:
July 8th, 2012 at 14:27
memang saja nak bunyi agak ganas..
Reply
[...] dulu saya pernah menulis mengenai penulis upahan, untuk entri kali ini pula saya ingin berceloteh tentang penulis jemputan pula. Apa itu penulis [...]