Assalamulaikum dan salam sejahtera semua..
Kalau dulu saya pernah menulis mengenai penulis upahan, untuk entri kali ini pula saya ingin berceloteh tentang penulis jemputan pula.
Apa itu penulis jemputan? Definisi Penulis jemputan blog bagi si ZOol adalah penulis yang secara sukarela ingin menulis di dalam blog. Ada ke orang macam tu? Memang terdapat beberapa penulis jemputan (‘guest blogger’) yang menulis dalam blog orang lain tanpa mengenakan bayaran. Kenapa agaknya mereka dengan rela hati menulis tanpa duit? Berikut merupakan beberapa sebab utama mereka melakukan kerja berikut :-
Image Hosting
1. Minat sangat terhadap blog itu dan ingin sama-sama menjadi penyumbang secara sukarela. Bukan mudah nak menulis tanpa ada sebarang kepentingan, pasti keikhlasan mereka cukup tinggi.
2. Mendapatkan faedah ‘backlink’. Ada juga penulis yang menyumbang untuk mendapatkan traffik. Camne caranya? Mereka hanya perlu menulis entri yang disertakan link yang ingin mereka promosikan. Taktik ini membantu sekiranya blog yang ditulis mempunyai kadar pengunjung yang tinggi dan mempunyai kekuatan dari seri pagerank.
3. Saja sedekah ilmu. Mungkin ada yang saja je ingin menulis tentang sesuatu yang mereka mahir tapi takde platform. Nak buat blog sendiri, malas maka dicarinya blog yang mempunyai kekuatan sendiri.
Okay. Itu antara sebab utama penulis jemputan menjalankan tugasnya. Sekarang ni si Zool banyak mendapat penulis jemputan bagi blog kesihatan dimana kebanyakan dari mereka menulis sebab perkara kedua. Itu sedikit sebanyak dapat membantu saya mengurangkan masa untuk menulis dengan artikel yang diberi. Jangan tak tau, kadang-kadang artikel mereka cukup berkualiti dan mempunyai nilai yang baik.
Apapun sekarang ni si Zool sedang membuka peluang untuk sesiapa menjadi penulis jemputan di Melakacool. Seperti yang dinyatakan, tiada bayaran dikenakan atau diberi tapi kalau anda nak promo tempat anda di Melaka amatlah digalakkan menjadi penulis jemputan ni..
Sekian.
p/s :- Mungkin ada yang mengatakan bahawa penulis tamu lebih sesuai dari penulis jemputan, tapi rasa lebih cool dengan perkataan penulis jemputan tu..




saya ada idea iaitu kalau saya buat announcement setiap artikel yg disumbang kepada saya, saya berikan bayaran RM1 ada x org nak join. Sebulan cukup lah 30 artikel bersamaan rm30, ok x, heheh
Reply
zool
Reply:
August 7th, 2012 at 22:53
itu kiranya penulis upahan…… tak sama ngan penulis jemputan tu
Reply
emm..kena usaha lagi. nak dapat penulis jemputan ni bukan mudah biasanya..
Reply
bgus juga penulis jemputan ni..kalo entri tu menarik mmg leh tarik trafik..
Reply
zool
Reply:
August 8th, 2012 at 07:58
dan boleh rilek..
Reply