Mencari Sahabat Sejati

Assalamualaikum dan selamat semua…
Rasa-rasanya cukuplah setakat ini perbicaraan mengenai pilihanraya.. Teruskan sahaja kehidupan dengan perkara-perkara yang lain..

Sebenarnya idea untuk menulis mengenai tajuk ini setelah membaca post mengenai mari menikam di blog menteil.. Cerita yang menarik mengenai betapa sukarnya untuk mencari seorang sahabat sejati walaupun ianya darah daging sendiri.. Begitulah ragam manusia, apabila senang ramai manusia akan mengerumuni tapi bila susah sorang pun tak nak dekat.. Huhuhuhuhu…

Memang diakui memang sukar untuk mencari sahabat.. Kawan memang ramai tapi dalam banyak-banyak kawan tu belum tentu satu pun yang akan terus menjadi sahabat anda sehingga akhir hayat.. Malahan pasangan anda juga tidak semestinya akan menjadi seorang sahabat..

Dalam mencari sahabat kadang-kadang kita sentiasa ditipu dengan tingkah laku seseorang.. Rakan yang disangka sahabat sanggup menikam kita tatkala kepercayaan diberi manakala rakan yang disangka musuh sanggup menghulurkan bantuan.. Memang dunia ni penuh dengan keunikan.. Setiap insan memiliki personaliti yang berbeza..

Akan berjumpakah saya dengan sahabat sejati?? Adakah ianya masih wujud di alam maya ini atau mungkin saya terlepas pandang dan tidak tahu menilai sahabat.. Mungkinkah saya agak cerewet dalam memilih sahabat?? Wallahualam..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :4941
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

28 Responses to “Mencari Sahabat Sejati”

  1. Azhar AhmadNo Gravatar says:

    Saya dah ramai jumpa yang jenis ni… dah tak larat nak layan. Akhirnya, saya percayakan kawan maya berbanding, kawan fizikal…

    Reply

    ayuNo Gravatar Reply:

    kenapa fikir mcm 2???

    Reply

  2. menteilNo Gravatar says:

    tengkiu kerana membaca blog saya…
    sememangnya sukar mencari rakan yang boleh dipercayai…
    so… kena berhati2..

    Reply

    adiyNo Gravatar Reply:

    dh bro bt cam ner nk plih mber y blh dpcayai

    Reply

  3. zoolNo Gravatar says:

    azhar —> betulla tu azhar… susah betul nak cari sahabat sejati.. kadang2 baik lepaih tu tikam kita balik..
    menteil –> betul tu.. samalah kita tq kerana baca blog tak seberapanya nie//

    Reply

  4. beduzNo Gravatar says:

    akhirnya saya da jumpa sahabat sejati saya..huhu..gembiranya..

    Reply

    tityNo Gravatar Reply:

    yea ka 2?..mungkin “dia” baik hanya luaran..saya ramai kawan cam 2!!

    Reply

  5. sueNo Gravatar says:

    umm saya pun dah jumpa org mcm ni.. rasa kecewa hanya Allah yg tahu… pstt..nak minta izin tuan punya blog nak copy entry ni sy nak tepek kt blog sy boleh? email sy klu boleh..tq

    Reply

    adiyNo Gravatar Reply:

    jom ckp sal mber mkan mber…………

    Reply

  6. AASSHHNo Gravatar says:

    SATU KUPASAN YANG AGAK MENARIK….TAPI PERNAHKAH KITA TERFIKIR DARI SUDUT INSAN YANG TELAH MENGABDIKAN DIRINYA SEBAGAI SAHABAT SEJATI KEPADA ORANG LAIN?APA KETIDAKBERUNTUNGANYA MENJADI SAHABAT SEJATI UNTUK ORANG?THINK OF IT…

    Reply

  7. lawaNo Gravatar says:

    ya benar..sukar nak cari sabahat sejati..
    nak tahu ialah masa kita dalam kesusahan atau masa kita kene hentam dia defence kita!
    Aku plak jenis suka berterus terang dan jika aku bergurau itu adalah gurauan..namun sekitar kita ramai yang bergurau tapi hentam!
    apa komen korang??

    Reply

  8. jisNo Gravatar says:

    Salam,

    Teman sejati ni sebenarnya susah untuk di cari. ia bergantung kepada persepsi kita kepada maksud sejati itu. adakah kita mahu dia tunduk kepada kita. atau sentiasa menemani kita di kala susah senang. adakah kita sanggup melakukan hal yang sama. Atau hanya kerana ada maksud tertentu. Bila maksud itu telah dicapai atau tidak dapat dicapai lalu kita ditinggalkan!

    Teman sejati ialah teman yang tidak mengenal keburukanmu tapi mengenal kebaikan mu. Tidak mengenal senangmu tapi mengenal susahmu.

    Tidak mengharap redhamu tapi mengharap redhaNya. Kerana kejujuranmu dia sayang padamu. Dan dia tidak tahu apa kah yang dia lakukan cukup untuk mu

    Reply

    Luqyana wafaNo Gravatar Reply:

    Sahabat sejati bisa menerima apa ada nya, susah senang, suka duka, dan saling percaya.

    Reply

  9. adiyNo Gravatar says:

    memg btul kn nk cri mber sjti mmg ssah……….
    sekrag nie mber sendri mkan mber ape kesss……….

    Reply

  10. tityNo Gravatar says:

    nak cari kwn sejati zaman sekarang ni memang susah…semuanya “makan kawan”!..

    Reply

  11. tityNo Gravatar says:

    camna nak dapat kwn yg serasi..?ada tak sesiapa yg boleh bagi pendapat? email kat saya.

    Reply

  12. liana atikaNo Gravatar says:

    Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
    • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
    • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
    • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
    • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
    • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
    • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
    • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
    • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
    • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
    • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
    • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
    • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
    • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
    • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

    Reply

  13. wirandyNo Gravatar says:

    haii semua gue jg ingin pyn sahabat tlng caLL ME GUE ya 081365228238

    Reply

  14. aishaNo Gravatar says:

    sahabat saya jauh dari saya….saya sudah bersamanya selama 6 tahun.Sekarang saya berjauhan dari dia sangat lain rasanya,tapi dalam setiap sifat kemanusiaan dan kemulian akhlaknya,sehingga sekarang saya masih kagumi tanpa rasa ragu,kerana dia sahabat dunia dan akhirat..walau kami berjauhan ttp kami eratkan hubungan dengan sentiasa mengingati Allah selalu,dia ingatkan saya,saya pun ingatkan dia..begitu la ,sahabat yang baik sentiasa mengingati,terima sebaik-baik kelemahan dan sentiasa ada sifat rendah diri antara satu sama lain…hihi

    Reply

  15. daraNo Gravatar says:

    aku mencari sahabat yang paling sseejjjjjattttiiiiiiii??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

    Reply

  16. Haliza HalizNo Gravatar says:

    Saya faham akan perasaan itu. Saya sudah mencari sahabat atau teman sejati sejak saya kecil lagi. Bukan saya tiada kawan, atau kawan rapat, saya ada. Tetapi, saya masih sukar mencari seseorang yang mempunyai minat atau mentaliti seakan-akan sama dengan saya.

    Saya seorang yang gemarkan sesuatu yang melibatkan artistik atau kreativiti seperti menulis, dengar muzik dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Bahkan, saya jenis seorang yang suka berkongsi pendapat dan idea mengenai perkara-perkara tersebut. Tetapi, setakat ini saya belum berjumpa mereka yang boleh berkongsi semua itu dengan saya.

    Rata-rata rakan-rakan yang rapat dengan saya kecenderungan mereka ke arah lain. Akhirnya, mahu tidak mahu saya akan ikut rentak mereka. Tetapi, tatkala bersendirian, saya akan jalankan aktiviti dan minat saya itu. Tetapi, saya sunyi bila mengenangkan saya terpaksa bersendirian layan minat saya itu.

    Paling saya terharu, rata-rata orang yang memberikan sokongan dan sekali-sekala berkongsi idea dan minat saya itu ialah orang yang jarang saya jumpa atau senang cerita seseorang yang tidak rapat dengan saya. Bahkan, minat saya dalam penulisan dibantu oleh rakan yang saya langsung tidak rapat. Akhirnya, saya lupakan sahaja hasrat untuk mencari teman sejati.

    Tetapi, apabila saya mula melangkah masuk ke universiti, saya mula jumpa beberapa orang yang mula mengetuk kembali pintu hati saya untuk mencari teman sejati. Hasrat yang saya sudah lama lupakan kini kembali bersemi. Alhamdulilah, walaupun persahabatan saya dengan mereka sehingga kini bukanlah serapat mana seperti berkepit 24 jam atau bukan sama jantina, tetapi mereka memberikan sokongan dan sudi berkongsi cerita dengan saya.

    Suka duka saya mereka cuba fahami walaupun kadangkala sukar.Kesimpulannya di sini, walaupun mereka mungkin bukanlah teman sejati atau sahabat sejati tetapi bagi saya mereka tetap kawan yang terbaik. Kawan yang sudi memahami dan memberi sokongan. Bagi saya itu yang terbaik.

    Saya ada pandangan saya sendiri tentang sahabat sejati. Sahabat sejati ialah anugerah dari Allah SWT. Dia bukan hak milik kita. Dia ialah pinjaman semata-mata di mana suatu saat nanti, dia tetap diambil oleh-Nya. Dia ialah seseorang yang memang dicipta untuk kita. Walau dalam keadaan apa sekalipun, hatinya tidak mudah mengatakan benci dalam masa yang sama sukar ungkapkan sayang.

    Saya percaya pada satu sahaja, orang yang benar-benar sayang atau anggap kita sebagai sahabat sejatinya, lidahnya sukar lafazkan apa-apa. sebab, dia tahu, sekali dia lafazkan sayang sehingga mana pun dia akan sayang. Dia takut, nanti dia kehilangan kita dan dia akan merana. Sebelum dia lafazkan apa-apa, lebih baik dia berserah sahaja. Dia percaya, jika sudah tertulis dia adalah sahabat sejati dunia dan akhirat, macamana berpisah pun jika ikatan hati itu kukuh persahabatan sejati itu tetap akan terus kekal sampai akhirat. Mudah-mudahan, Amin.

    Reply

  17. atikahNo Gravatar says:

    salam..cam ne nk cri kwn yg leh memahami kite??adakah sahabat tu ssh nk cri??sy x fhm dgn khndak sahabat??ish3…ssh btol,,

    Reply

  18. IRWAN FARHANNo Gravatar says:

    “SEBAIK – BAIK SAHABAT, ORANG ITU TIDAK PERNAH BERUBAH – UBAH, MESKIPUN ZAMAN TERUS BERUBAH.”

    SEORANG SAHABAT PERLU MEMAHAMI ANTARA SATU DGN YG LAIN. SELAIN KELUARGA, KITA PERLU MEMILIKI RAMAI SAHABAT. KITA HARUS MEMILIH, SIAPA SEHARUSNYA DIJADIKAN SAHABAT YG SEJATI.

    Reply

  19. teratai rimbaNo Gravatar says:

    betul tu irwan tapi kita kene ingat…setiap insan punya pendapat masing2…
    mgkin suatu hari pendapat kita berbeza…yg membezakan sahabat sejati dgn kawan biasa adalah bagaimana kita menangani setiap masalah yg mendatang di antara kedua sahabat tadi….
    bagi sy sahabat yg sejati adalah sahabat yg sentiasa menegur dan membetulkan kesilapan dan bukan yg selalu memuji pada sesuatu yg bukan pada haknya……..

    Reply

  20. wardatiNo Gravatar says:

    hmhmhm,, sahabat sejati rasanya x wujud kot didunia ni.. pd suatu ketika saya mpunyai sorg sahabat sejati..susah ang bersama.namun benar lah ia bkn hak kita.. apa yang diberi Allah hanya pinjamn semata-mata.. xpyh la.. persahabatn x wujud, ianya amat menyakitkan

    Reply

    fifiNo Gravatar Reply:

    jgn mcm tu……saya dah dapat seorang sahabat sejati mungkin 2 yg memenuhi kriteria “liana atika” diatas, seorang yg sanggup bersusah payah walaupun die tak le ade harta yg banyak, sanggup bg saya menumpang dirumah dikala saya keseorangan, berkongsi kasih dengan keluarganya dikala kesunyian…..bertanyakan masalah sekiranya sy berdiam diri…..menghulurkan bantuan walaupun diri sendiri ade masalah kewangan…..jadi sebelum kita cari sahabat sejati cubalah jadi seorang sahabat yg sejati….jgn harapkan balasan…buatlah baik kpd semua…insyaAllah sahabat akan datang dengan sendirinya….doakan kebahagiaan sahabat2 dalam solat

    Reply

  21. ifaNo Gravatar says:

    salam, ku pernah rase nikmat persahabatan itu… sekian lama bersahabat. Banyak pengorbanan perlu lalui sepanjang persahabatan. Tapi arus dunia lebih berpihak pada cuaca perubahan iklim dan perpisahan juga yg akhirnya ku terima. Tapi walau apapun, aku tetap hargai jasa yg pernah diberi. Terima Kasih kerana pernah menjadi sahabat sejati. Perkenalan itu telah dipinjam sementara OlehNya untukku dan aku sgt hargai hal itu. Dan yang menarik pinjaman itu juga melaluiNYA dan aku juga menerima dgn keredhAANNYA. Selamat untuk dirinya dan keluarga.

    Reply

  22. Terima kasih atas informasinya…
    “Sahabat sejati”
    Sahabat adalah dia tg menghampiri saat sahabatnya terluka
    Sahabat ada d’saat sahabatnya membutuhkan
    Sahabatselalu menarima sahabatnya bagaimanapun keadaanya
    Sahabat itu walaupun dunia menolak sahabatnya selalu ada dalam keadan suka/duka, walaupun sahabat tidak bisa mendampinginya, walaupun sahabat hanyaada ketika dia dalam keadaan senang saja.
    Sahabat tidak takut menegur jika sahabatnya salah,Sahabat selalu mendengar keluh kesah kita apapun situasinya apa arti seorang sahabat.
    Sahabat adalah sesuatu yang paling berharga banget..

    Salam kenal untuk semuanya

    Reply

Leave a Reply