LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Mencari Redha Allah atau menjadi derhaka ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Artikel kali ini agak berbeza kerana ia berkisar tentang realiti kehidupan kita. Bukan nak mengaibkan cuma mungkin memberi teladan kepada kita semua. Ceritanya begini :-
Anak Derhaka

2 orang adik beradik perempuan yang berpelajaran tinggi. Seorang di universiti tempatan manakala seorang lagi belajar di Mesir tapi kini pulang ke Malaysia untuk sementara akibat huru hara yang berlaku disana. Kedua-dua orang adik beradik ini cukup rapat sekali. Berpakaian sopan dimana tudung labuh menjadi hiasan harian. Pasti sesiapa yang memandang akan tertawan dengan gaya dan perwatakan. Melihatkan sahaja gaya pasti ramai yang akan meyakini ketinggian ilmu agamanya.

Namun dalam menyangka keperibadian yang mulia itu rupanya ada sikap negatifnya. Bayangkan ketika abang kandung tunggal mendirikan rumahtangga dan majlis kahwin diadakan mereka berdua selaku adik beradik tiada disamping. Bukan tidak dapat hadir kerana sakit mahupun mengambil peperiksaan tapi kerana tidak bersetuju dengan majlis yang dilaksanakan oleh ibu dan abangnya. Menurut kepercayaan mereka, majlis yang dilaksanakan adalah membazir dan banyak maksiat. Bayangkan sehingga ibu kandung sendiri bercerita masalah tersebut dan sampai mengeluarkan ayat ‘ takde kat rumah pun lagi baik, ada pun menyakitkan hati ‘ (lebih kurang ayatnya sebegitu).

Berbalik kepada tajuk diatas, si anak perempuan itu juga pernah memarahi ibu kandungnya sekiranya ibu menelefon lelaki. Mengikut pandangan mereka, ianya adalah maksiat dan haram. Adakah pendapat ini benar ? Saya bukanlah seorang yang bijak dalam hukum hakam agama tapi Islam bukanlah agama yang sempit. Pastinya ada kelonggaran yang diberikan. Bukan kita suka-suka untuk menilai sesuatu dosa itu tanpa sebarang fatwa dan fakta.

Cerita si ibu/abang lagi si perempuan itu akan keluar dari rumah sekiranya tidak bersetuju dengan ibu/abangnya. Malahan mereka sanggup membelakangkan kedua orang penting dalam keluarga itu apabila keluar rumah tanpa mendapat restu kerana kononnya ingin menjalankan ibadah kepada Allah. Menurut beliau, restu ibu tak perlu sebaliknya cukup dengan restu Allah. Sekali lagi saya kurang bersetuju dengan pendapat tersebut. Mana mungkin kita mendapat restu Allah sekiranya tidak diizinkan oleh ibu yang juga menjadi penjaga mereka. Bukankah, mereka masih menjadi tanggungjawab ibu selagi sebelum diserahkan kepada lelaki lain yang bergelar suami (betulkan kalau salah).

Menambah kurang ajar lagi apabila si perempuan mengatakan bahawa si abang tidak layak untuk menjadi wali. Jadi siapakah wali yang sesuai? Bapa sudah meninggal, datuk pun sudah tiada. Sudah pasti abang yang tunggal itu sahaja wali sah yang paling kuat tapi ditidakkan juga. Nak kata abangnya jahat atau Geng 08 tidak pula. Malahan berdasarkan pemerhatian saya, beliau memang layak kerana memahami sedikit sebanyak tentang peraturan Islam. Tapi si adik mempunyai hati yang cukup keras.

Kenapa ini berlaku
Menurut sumber, perkara ini berlaku apabila si adik perempuan yang tua ini belajar di sebuah IPTS. Selepas itu, beliau mula berubah dan mula memakai tudung labuh berwarna hitam sahaja. Selepas itu, apa yang jadi seperti keadaan diatas apabila beliau sering menyuaraka ketidakpuasan hati terhadap keluarga kecil itu.

Itu serba sedikit tentang kisah yang berlaku. Mungkin penceritaan saya kurang menarik tapi diharap anda boleh memahami sedikit intipati cerita ni.

Saya juga ingin berkongsi pendapat saya mengenai kisah ini.
Pendapat saya mengenai kisah ini

1. Pada pendapat saya, ini berlaku akibat salah ikutan. Memang terdapat banyak fahaman-fahaman yang tersebar di dalam Malaysia ini. Saya tak pasti apa fahaman yang dianuti oleh si perempuan tersebut tapi yang pasti ianya satu ajaran yang sesat dan perlu dielak.
2. Ketaksuban pada ajaran tersebut. Bila ingin mengikut, ilmu kena kuat tapi dalam cerita diatas, si perempuan mungkin terpengaruh dengan apa yang dibawa oleh pengajarnya. Tak mustahil berlaku ketaksuban pada pemimpin ajaran itu seperti yang berlaku pada Arqam suatu masa dulu.
3. Derhaka pada ibu. Seperti yang kita ketahui syurga di bawah telapak kaki ibu tapi dalam konteks cerita di atas ianya memperlekehkan ayat tersebut. Mana mungkin meninggalkan ibu terkontang kanting mampu membawa ke syurga. Pengorbanan ibu takkan mampu kita balas jadi gunakanlah hari-hari tersebut untuk membantu ibu kita tersayang.
4. Si perempuan tersebut perlu dikaunseling oleh yang pakar. Ibu dan abang sudah tidak mampu untuk mendakwah kepada mereka.

Okay, cukuplah setakat ini. Agak panjang pula entri kali ini. Apa pula pendapat anda tentang cerita ni? Atau anda mempunyai cerita yang hampir serupa? Kongsikan sikit.

Sekian

Please follow and like us:
error0

16 thoughts on “Mencari Redha Allah atau menjadi derhaka ?

  1. Begitulah kehidupan ada banyak asam garamnya. Semua itu adalah ujian untuk melihat tahap keyakinan kita pada Pencipta. Allah Maha Besar Rahmatnya, jangan berputus asa mengharapkan rahmat Allah.

  2. semoga kesedaran akan timbul di dlam hati mereka dan kita juga…kadang2 hati yg kosong itu mudah diperdaya…segala ilmu sepatunya kita selidik terlebih dahulu..sebab itu penting adanya asa didikan agama dari sejak kecil

  3. Kononnya nak perjuangkan Islam. Tapi derhaka pulak kepada ibu yang memang dah terang2 salah. Ni lah akibat kalau dah terlalu taksub dengan sesuatu ajaran tanpa berfikir.

  4. Kita perlu fahami Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasulullah SAW. Bukannya faham Islam ikut kita faham.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)