Mencari Perakam Suara Digital

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
PhotobucketNampaknya kali ini ada cerita pasal gajet plak. Saya bukanlah peminat gajet tapi terfikir untuk mendapatkan perakam digital.

Saya yakin ramai di antara adik-adik yang belajar di IPT mempunyai perakam suara terutama bagi merakam kuliah yang di sampaikan oleh pensyarah-pensyarah di luar sana..

Mungkin kegunaannya tidak penting tetapi saya merasakan keperluannya atas sebab-sebab berikut :-

1. Merakam ceramah dan kursus.. Almaklumlah kadang-kadang bila kursus jarang boleh ingat kembali apa yang di bebelkan oleh penceramah.. Lebih-lebih lagi bila kadar keterbukaan mata diganggu oleh bisikan supaya pergi ke alam lain… He hehe..
2. Merakam idea.. Mungkin agak dangkal bunyinya tapi hakikatnya saya selalu mendapat idea ketika memandu sorang-sorang.. Jadi dengan merakam idea dalam bentuk suara akan memudahkan saya menulis artikel di blog-blog dan juga merealisasikan ‘e-buku’ ..
3. Merakam bunyi ‘cengkerik’ yang sering mendengdangkan lagu selepas hujan.. Boleh buat hiburan di waktu tension..
4. Merakam bunyi-bunyian dalam radio untuk dijadikan ringtone ( er.. ni illegal kot) handphone..
5. Rahsia..

Itu antara sebab saya nak pakai perakam digital.. Sebenarnya takde penting mana pun tapi tak salah kalau nak beli.. Mana tau ada kegunaan lain.. Atau boleh rakam suara tersekat-sekat nak lafaz …..

Saya telah menyelongkar di internet dan berdasarkan pencarian terdapat banyak pilihan.. Dan harganya dalam sekitar RM150 dan ke atas..

Seperti yang telah dikatakan di atas, saya agak lemah dalam bidang-bidang gajet ini.. Mungkin anda boleh membantu saya dan juga pencari barang ini..
ADIOS…

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :2460
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

2 Responses to “Mencari Perakam Suara Digital”

  1. earnwordNo Gravatar says:

    pakai hp sony. Tapi setiap 20 saat. kene tekan button. hui.penat gak dibuatnya..

    Reply

  2. shahrulNo Gravatar says:

    Alang2, cari spypen terus. Boleh record audio dan video.

    Reply

Leave a Reply