Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Nampaknya PC bernama ‘Blackend’ nampaknya seperti telah pun sampai ke tahap kemuncaknya. Setelah 2 kali dihantar ke kedai ianya mengalami masalah pabila pulang ke rumah. Tak tau apa masalahnya. Nampaknya keadaan ini sedikit sebanyak menganggu tumpuan untuk menulis dalam blog ini. Almaklumlah PC tersebut merupakan sumber utama untuk melakukan penulisan dan membantu menambah sedikit sebanyak duit di dalam akaun bank. Kalau sebelum ini rosak hard disk telah diganti tapi nampak macam kerosakan lama datang ke hard disk baru. Nak hantar untuk guarantee, kedai dah tutup plak.. Camne ek??
Walaubagaimanapun sudah lumrah mesin, mempunyai had untuk berbakti kepada tuannya.. Dan setelah lebih 3 tahun mungkin saya memerlukan yang baru. Mungkin laptop.. Tetapi seperti yang telah diberitau dalam artikel sebelum ini, saya tiada menyimpan dana untuk membeli PC/ laptop. Ini sedikit sebanyak membingungkan saya lebih-lebih lagi dijangka akan berhutang kereta sedikit masa lagi.. Tapi tak mengapa, percaya padaNya dan insyalllah akan ada penyelesaiannya..
Saya telah menyemak beberapa website seperti buylaptop . Nampaknya terdapat beberapa laptop yang berharga di bawah RM 2K tetapi di bawah jenama Acer.. Kurang berkenan dengan Acer ni sebab banyak komplen tentangnya..
Bagi jenama HP ada juga yang berharga bawah RM2K tapi jenis mini yang comel.. Rasa macam berminat tapi apa-apahal pun kena kumpul dana dulu.Dan duit tu mestilah datang dari internet sebab duit gaji dah memang masuk ke kawasan lain. Tak boleh meng’kelam’ kabutkan dana-dana tersebut nanti hancur..
Okaylah cukuplah setakat ni.. Tengah cari idea program mana yang bagus ni.. Kena selalu singgah blog Titan ngan Rohaizad ni.. Curik ilmu diorang..
p/s:- Alamak Streamyx kat rumah ni kena bayo gak bulan-bulan.. Waduh.. Takkan tak gunakan plak ek…..
RSS Feed
Twitter



June 14th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


macbook pro best wooooo. hehe
Reply
nampaknya sudah lama berbakti pada tuannya nasibnya tidak berapa baik kesian.
Reply
Bentuk laptop Acer memang tak menarik. Kalau x kerana laptop yg sy nak xde stok dah tentu sy tak ambil Acer. Disebabkan urgent nak pakai jadi terpaksa la beli. Setakat ni xde masalah lagi selepas 8 bulan. Pernah gak buka 24 jam tanpa henti. Model Aspire 4530 dengan AMD serta cipset NVIDIA.
Reply
uiks..apa kata try dell?
Reply
Terima kasih atas cadangan..
Sedang mengumpul dan memikirkan mana nak cekau laptop yang anda semua cadangkan…
Reply
semoga misi mendapatkan laptop baru bro akan dipermudahkan usahanya…
Reply
em..sekarang. harga laptop yg under 2k. banyak yg bagus. cuba cari toshiba atau fujitsu. Spec dia pun bagus gak. RAM pepandai la upgrade ke 2GB atau 4GB. Hardisk dapat 200-300 pun dah cukup ok. banyak2 pun bukan pakai pun kan..
harga laptop dah murah sekarang klu banding dulu..
Reply
nak murah cari yang tak install windows.
install aje linux ubuntu hehehe
Reply