Mencari Deposit Kereta

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Sudah 2 artikel saya mengenai mencari .. Lepas ni mencari apa plak ye.. Mencari ketenangan kot.. He he he..

Credit Pic and bandwith :- UKVehicle Finance
Gambar ini tiada kena mengena dengan cadangan kereta yang difikirkan..

Okaylah hari ni saya di pandu oleh rakan saya ke sebuah bengkel di Taman Merdeka.. Seperti yang sesetengah anda sedia maklum, bumbung kereta saya mengalami kemelecetan yang amat sangat. Terdapat bocor di sana sini.. Melalui nasihat mekanik, banyak yang perlu diperbaiki dan memerlukan harga yang tinggi.. Lebih-lebih lagi kereta tersebut sudah tiada ‘market’nya… Tergetus rasa hati nampaknya terpaksa jua mendapatkan kereta baru.. Lagipun kereta itu masih merupakan hakmilik abang saya, jadi mungkin masanya sudah tiba untuk mendapatkan kereta yang lebih selesa..

Memang agak sukar untuk membuat keputusan, almaklumlah jika saya membeli kereta baru akan bertambahlah kadar kredit dalam akaun.. Buku lejer yang tersadai di rumah YB cacing nampaknya akan digunakan sepenuh perhatian. Kena lebih berjimat dan meneruskan usaha pencarian duit luar dengan se’maksimum’ mungkin.
‘ Ala.. Jual le cacing’ bunyi-bunyi pembaca kat luar.. Hm. cadangan yang baik tapi nampaknya cacing saya masih dalam proses pembiakan.. Saya tidak mengharapkan untuk berjaya menjual walau sekilo pada tahun ini.. Malahan duit jualan baja pun saya bagi emak
kerana beliau yang selalu menengoknya dan saya telahpun bertekad yang hanya akan mengambil duit cacing sahaja..

Perkara yang akan saya beri perhatian bagi memastikan dapat mengumpul deposit untuk membeli kereta baru yang dianggarkan sekitar RM3,000.00 adalah :-

1. Minta sedekah kat tepi jalan Menyimpan wang simpanan untuk deposit di dalam akaun bank selain Maybank2u dan CIMB.. Mungkin akan disimpan di bank lain yang hanya boleh dikeluarkan mengikut buku.. Akaun ASB sebolehnya tidak diusik…
2. Meminjam duit dengan AlongMeningkatkan kualiti dan kuantiti isi blog-blog bagi memastikan mempunyai trafik . Dengan peningkatan trafik akan bertambah para-para usahawan yang sudi menepek iklan di blog-blog saya…
3. Mencuri duit kat bank Mengoptimakan pengetahuan seterusnya mempraktikkan ilmu-ilmu buat duit di online.. Program affiliate akan dipraktikkan sehabis mungkin..
4. Main judi Melancarkan enovell (ebook ala-ala novel) sedikit masa lagi.. Setakat ini perjalanan baru enovel tersebut baru 5%.. Memang agak lembab tapi selepas ini akan dilajukan lagi usaha bagi mengelakkan usaha ini terbengkalai.
5. Jual CD anime secara haram Berdoa dan bertawakkal kepadaNya.. Sebenarnya kadang-kadang bila difikirkan saya dah lama tak singgah ke Masjid Al-Ghafar, Jasin untuk bersolat.. Mesti selalu menjenguk bagi memudahkan perjalanan hidup yang agak tersangkut sangkut ni..

Hm.. cukuplah setakat ni.. Mungkin korang ada idea-idea bernas lain yang bukan setakat boleh membantu saya, tapi kawan-kawan yang lain juga..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1889
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

7 Responses to “Mencari Deposit Kereta”

  1. titanNo Gravatar says:

    ehm. usaha dengan lebih gigih lagi. :)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Dan buang sifat malas dan membuang masa..
    Ni yang susah ni.. Idea ada,, nak buat tu yang malas. wargh!!

    Reply

  2. cencurutNo Gravatar says:

    hahaha… kena join QQ nie…. hahaha

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    QQ tu mende ek???

    Reply

  3. cheesy8No Gravatar says:

    Hahaha…funny post! Usaha tangga kejayaan…. chayuk2!

    Err…nak beli kete per deposit RM3K jer?

    Lagi satu na tya, canme na ad guna wordpress? Ingatkan tak bole kan..?

    p/s: btw tq for dropping by my blog, hope this will extend our blogship..chewah

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Kete2 kecil je deposit RM3K.. tak byk duit kena ikut kemampuuan..

    er.. kalau guna wordpress.com (free hosting) tak boleh letak ads.. Yang ni wordpress install dlm server..

    tq gak sebab dtg blog ni juga…

    Reply

  4. aidierNo Gravatar says:

    salam, tuan nye blog ni cadang nak beli keta baru ke? leh layari laman web sy..ada diskaun harga,freegift menarik dan sedikit komisen dari sy jika membeli kereta baru melalui saya…tq
    http://c-myiklan.blogspot.com

    Reply

Leave a Reply