Menara Taming Sari bersama rombongan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Nampaknya telah 3 hari tak mengupdate blog ni. Masalah hosting dan streamyx menganggu gugat perjalanan blog ini .

Hari ini saya berjalan ke bandar Melaka. Atas permintaan rakan untuk membantu beliau dalam meng’arrange’kan pelancong dari luar negeri( nama terpaksa dirahsia atas sebab keselamatan)..

Setelah menunjukkan sedikit sebanyak kawasan pentadbiran Kerajaan Negeri di kawasan Hang Tuah saya terus mengikut sekali rombongan tersebut melancong ke negeri Melaka bandaraya warisan..

Huhuhuhuhuhuhuhu.. Mula-mula ditunjukkan kawasan perkampungan Portugis di Ujong Pasir.. Ianya tidaklah menarik cuma ahli rombongan yang teruja nak tengok paras rupa orang Portugis ni.. Dan mungkin mereka rasa kecewa kerana dalam tempoh tersebut tiada awek-awek Portugis yang keluar, almaklumlah waktu hujan..

Selepas itu rombongan tersebut di bawa ke kawasan pelancong yang baru di negeri Melaka iaitu ‘Menara Taming Sari‘..
Photobucket

Mungkin ramai yang telah mengalami pengalaman menaiki menara tersebut yang berputar sebelum sampai ke tingkat tertinggi… Memang indah pemandangan diatas, dapat melihat hampir keseluruhan panorama di bandar Melaka melalui ketinggian 80 meter.. Jujur saya katakan ini merupakan kali pertama saya menaiki menara tersebut walaupun bermastautin di Melaka. He he he..

Maklumat tambahan :- Tiket dewasa RM 20
Kanak-kanak :- RM 10 (bawah 12 tahun)

Sebenarnya ada perkara lain yang menarik perhatian saya di kawasan tersebut iaitu awek jaga kaunter, ops bukan tu sebaliknya satu seni arca ‘art wire’.. Memang kreatif sungguh sesiapa jua yang buat arca tersebut.. Anda boleh buat ‘keychain’ dengan nama sendiri yang dihasilkan melalui wire..Selain itu ada arca seperti bentuk dram, robot dan naga yang dijual dari harga RM15 hingga mencecah ratusan.. Dan bahan yang digunakan hanya ‘wire’ halus yang entah berapa sen sahaja.. Memang caiyoklah.,

Rasanya kalau jual di ebay mesti boleh laku ni.. :) ..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :3295
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

18 Responses to “Menara Taming Sari bersama rombongan”

  1. mrozaidiNo Gravatar says:

    Aku Pernah Pi Sana Tapi Tak Naik Pun..

    Reply

    erliza sweetNo Gravatar Reply:

    taw xpe..huhu..pndg je.. naik lom..

    Reply

  2. shaxxNo Gravatar says:

    selalu lalu situ tp belum ada rezeki nak naik nih..

    Reply

  3. [...] Read the rest here: Menara Taming Sari bersama rombongan [...]

  4. KNizamNo Gravatar says:

    wahhhhhh jual la kat ebay tuh. hehe untung besar nanti. hehe :)

    Reply

  5. uzairNo Gravatar says:

    wah..seronot tak naik menatang tuh??haha..

    Reply

  6. anneNo Gravatar says:

    datanglah ke menara taming sari nie…kedatangan awak2 semua di alu-alukan……

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    Kedatangan ‘awak’ lebih elok digantikan dengan ‘anda’..
    Lebih sopan.. ada kena mengena dengan menara taming sari ke??

    Reply

  7. SuzlynNo Gravatar says:

    best laa menara nie…

    dan harga dia berpatutan dan mampu untuk dibeli..

    semoga ia maju jaya

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    ‘mampu untuk dibeli’..
    wah kaya cik/puan suzlyn..
    saya setakat mampu naik je.. nak beli tak mampu..

    Reply

    SuzlynNo Gravatar Reply:

    i mean ticket.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    gurau je.. paham..

    SuzlynNo Gravatar Reply:

    buka emel awk..

  8. Assalamualaikum….

    Awk sume datanglah ramai.. Anak buah sye pun kena buat model Menara Taming Sari.. Saya mmg suke naik benda alah ni. Harga tiketnya pun murah. Sume ni atas kerjaya diorang untuk memajukan benda alah ni… Didalam menara tersebut juga ada org menerangkan bangunan 2 yang terdapat disitu… Mereka sume mengalu-alukan kedatangan kamu semua..

    Reply

    kazimNo Gravatar Reply:

    Kena wat model? mesti susah kan.. awk ni dh kawin ke belum ek?

    Reply

    RozalindaNo Gravatar Reply:

    hei ulat bulu… asal tanya dia cm tu ah?

    Reply

    Shamimy_under 23No Gravatar Reply:

    Maaf ye saya dah kawin. Setakat kawan bolehlah..

    Reply

  9. erliza sweetNo Gravatar says:

    sy nk sgt p taming sari..tp x bkesempatn la..huhu.. org melaka pun lom naik lagi..x ker sedih tu.. huhu…haru beb… sabo je lah….

    Reply

Leave a Reply