Menang peraduan dan muat naik portal agensi

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Hari ni buat 2 topik dalam entri sekali tentang perkara yang berkaitan dalam hidup. Kalau nak buat satu-satu entri nanti ‘tune’ dah lari, jadi sementara ingatan masih kukuh baik disekalikan kisah tersebut. Seperti tajuk diatas, 2 aktiviti tersebut amatlah mengembirakan hati ini. Seperti biasa, cerita tersebut akan dikisahkan dalam bentuk isi bagi memudahkan pemahaman. Sila layankan :-

1. Berjaya muat naik portal agensi di server melalui bantuan penolong pegawai teknologi maklumat berbakat di Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat Jabatan Ketua Menteri Melaka(JKMM) iaitu En R dan Mr A (nama dirahsiakan sebab tak mau kena saman.. heheehe..). Memang gila terer diorang ni. Sempat juga si Zool mencuri-curi sikit ilmu dari diorang tapi tak boleh nak tangkap terutama tang bila diorang nak ‘muat naik’ ke server. Tengok diorang buat kerja memang pening. Almaklumlah kerja si Zool di pejabat memang kurang dari segi teknikal IT ni. Jadi ilmu-ilmu yang ada pada mereka memang tak pernah dipelajari oleh si Zool. Alhamdulillah setelah mereka bertungkus lumus akhirnya portal agensi berjaya dimuat naik dan kini boleh dilihat dialamat ini http://lpm.melaka.gov.my . Sememangnya banyak kelemahan dalam portal ini yang perlu diperbaiki. Apa taknya, portal ini sepatutnya dibuat oleh vendor tetapi komitmen mereka amat menyedihkan sehingga si Zool terpaksa mengodek serba sedikit. Dah le tak pandai sangat dengan sistem ‘CMS , Joomla ‘ tapi sikit demi sedikit dapat mempelajarinya. Malahan melalui sedikit ilmu ni, si ZOol bertekad untuk membuat projek baru menggunakan ‘CMS , Joomla’ lepas ni. Ini bagi membantu mempertajamkan ‘skill’ membina laman portal sekaligus boleh mengemaskini versi terbaru portal agensi.


Silalah beri komen membina di laman portal tu. Mungkin akan diperbetulkan sedikit sebanyak.

Photobucket

Ini gambar screenshot portal Lembaga Perumahan Melaka (tempat si Zool bekerja..).. Hehehehe dalam gambar tu si Zool takde. Bukan sebab sakit perut atau jadi photographer tapi malas nak masuk.. Nanti gambar rosak..

2. Menang hadiah duit 50,000 tu.. Bukan tipu tapi memang betul. Menjadi peserta bertuah dalam peraduan dari blogger terkenal, JoeGrimJow. Memang terkejut bila berjaya memenanginya. Bukan apa, si Zool ni jarang sekali bertuah.. Yang selalunya memang hampeh. Masuk peraduan apa pun tak menang. Tapi cara pemilihan hadiah yang unik oleh penganjur memberikan kemenangan. Tengoklah caranya, anak buahnya sebagai pemilih tu (rujuk gambar dibawah)

Photobucket Kalau tak dapat tengok gambar boleh tengok bukti kat blog Joe.

Hebat bukan.. Ops.. sebelum anda keliru, dan ada yang minta duit raya sebab menang 50,000 tu elok diberitau bahawa wang yang dimenangi adalah dalam bentuk rupiah iaitu dalam kadar = RM17.306 ( berdasarkan pengiraan website XE.com pada 6.9.2010 jam 11.47 malam). Kira oklah tu. Sebenarnya bukan nilai wang tu yang menjadi rebutan tetapi nilai kemenangan itu yang menjadi ingatan. Insyaallah duit 50,000 rupiah tersebut akan di’frame’ sebaik mungkin. Mungkin masa tua nanti boleh bercerita dengan cucu-cucu (harap-harap sempatlah) tentang ini. Kepada Afiq (anak sedara Joe) terima kasih kerana memilih pakcik (pakcik pun pakciklah, memang den sepatut dah jadi tahap pakcik…. T__T ).. Kalau datang Melaka pakcik bawa pergi Zoo Melaka tengok ‘rimau’.. Huhuhuhuhuhu.. Kepada ‘Pakatan Rakan’ Bro FrameStone dan Pn Asfieda, sorilah sebab tak dapat bawa aura bersama-sama untuk menang duit 50,000 tu ye..

Sekurang-kurangnya dengan menang peraduan ni dapat mengubati hati yang lara sebab tak layak menyertai peraduan ‘Hidup Seorang Blogger’ di DenaiHati serta kekecewaan amat sebab takde sapa pun sudi menyertai ‘ Peraduan Mencari Tagline OhPemandu ‘

Okay cukuplah entri untuk hari ini. Sekian, terima kasih.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1170
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

9 Responses to “Menang peraduan dan muat naik portal agensi”

  1. Menang peraduan dan muat naik portal agensi | Blog Zool Ligakampung…

    Menang peradauan dan muat naik portal agensi…

  2. etomyamNo Gravatar says:

    wah, guna joomla, memang agak komprehensif tu, kalau dapat master memang best tu

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    baru2 nak cuba.. bolehla sesikit

    Reply

  3. zoulNo Gravatar says:

    Nanti kalau dah master buat lah tut joomla kat sini..

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    mungkin akan buat tutorial (walaupun tak master) tapi bukan di blog ini.. di projek lain…. :P

    Reply

  4. Ismail NNo Gravatar says:

    Salam. Boleh tahan portal tu. Tahniah. Makin bertambah ilmu di dada. Bagus tu kerana mahu belajar dan mencuba. All the best to you.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    erk.. bolehlah sikit2.. memang nak belajar walaupun kepala selalu blur.. susah nak catch up

    Reply

  5. joegrimjowNo Gravatar says:

    hoho
    nasib baik sampai
    runsing jugak ni takot tak sampai
    hehe

    slamat beraya
    =)

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    sampai gak.. gitar karan lagi tu. nak main lagu apa eK??

    Reply

Leave a Reply