Tudung-tudung menarik boleh dibeli dengan harga masyuk
Powered by MaxBlogPress  

Assalamualaikum semua..
Okaylah cukuplah saya beremosi di post sebelum ini.. Hari cuti perlu rehatkan diri dari hal-hal kerja..

Hari ini saya bekerja separuh hari di Melaka Sentral.. Ops bukan sebagai penjual tiket ye..

Mungkin anda semua tidak teruja bila membaca tajuk di atas.. Ye lah, apa menariknya menaiki bas kan?? Lainlah kalau menaiki helikopter atau menaiki tikar terbang dari Melaka Sentral.. Gempak lah jugakkan..
Secara jujurnya memang tiada apa yang menarik sangat mengenai tajuk di atas, cuma saya tidak menaiki bas berhenti-henti agak lama juga .. Mungkin 2-3 tahun kot.. Jadi saja-saja je nak berkongsi setengah hari di Melaka Sentral..

Okay saya mulakan dengan pemandangan di Melaka Sentral.Memang Melaka Sentral hari ni agak penuh dengan penghuni. Dari warganegara Malaysia, Indon hinggalah ke pelancong asing.. Bermacam-macam ragam melihat pengunjung-pengunjung .. Dari yang kecil hinggalah ke yang veteran.. Masing-masing dengan sebab-sebab tertentu untuk berkunjung ke stesen bas utama di Negeri Melaka nie.. Sambil tua ada jugak ejen kad-kad plastik yang cuba menarik perhatian saya.. Cukuplah saya telah memiliki kad plastik tersebut dan tidak pernah menggunakannya jadi tak perlulah cuba untuk meracuni pemikiran saya..

Melangkah ke tangga bas Syarikat Kenderaan Aziz.. Tiada banyak perubahan..
Masih kotor dan keadaan dalaman masih seperti 3-4 tahun lalu.. Yang agak berlainan mungkin harga tiket.. Jika dahulu harganya dalam sekitar RM1.70 dkini angkanya telah meningkat RM2.70.. Cepat benar harga berubah..

Keadaan ketika proses pembayaran tambang agak sedikit kelam kabut..Pemandu bas terpaksa mengutip tambang dari penumpang-penumpang.. Penumpang yang telah duduk di kerusi terpaksa ke hadapan untuk membayar tambang tersebut.. Tiada pengutip tambang.. Mungkin syarikat tidak mampu membayar lebihan pekerja.. Almaklumlah dengan kos-kos operasi yang meningkat ditambah dengan kesukaran mendapat pekerja yang jujur, sudah pastinya syarikat bas terpaksa menggunakan kaedah ini..
Saya perhatikan penumpang bas memang agak berkurangan berbanding ketika 10 tahun dahulu (andaian berdasarkan penumpang pada pukul 1.00 petang)…Ini mungkin kerana kebanyakan rakyat negeri Melaka telah mampu memiliki kenderaan sendiri untuk berjalan ke sana ke mari…

Ops bercerita tentang kemampuan rakyat Melaka memiliki rumah sendiri, nampaknya ramai dari mereka-meraka yang sanggup mengambil risiko untuk parking di luar kawasan Melaka Sentral berbanding membayar RM1 .. Kenapa yer??

Memang agak memenatkan menaiki bas..Ianya mengambil masa yang agak lama berbanding menaiki kenderaan sendiri .. Tetapi sekurang-kurangnya ia mengembalikan semula nostalgia lama ketika menaiki bas terutamanya ketika zaman persekolahan….

p/s : Ketika menulis artikel ini ada ceramah oleh parti politik berdekatan kawasan rumah saya.. Ramai sungguh yang hadir sehingga hampir 1 km penyokong-penyokong parti tersebut ‘parking kereta’. Mungkin ada nama besar yang datang .. Saya?? Ops belum bersedia untuk melibatkan diri dalam politik …

Sekian.. Terima kasih

Tags: , ,

13 Responses to “Menaiki bas dari Melaka Sentral”

  1. slm..
    ku sgkekan klg je yg byk warga asing..melake pon same ek..huhu!!

    sy sbg student yg xde knderaan maupon lesen kete atau moto..mmg selalu naik bas la..murah..cume kne sbr la ckit…nk tunggu..sume..sume kan..

    taxi?? huhu!! mahal!!!

  2. Boss lama “Penarik Beca” datang.

  3. haha..nk naik tikar terbang p.ramloo kalu ada. hihi :)

  4. wah, masih ada lagi ya ceramah politik.. Apa lagi lah yang didebatkan tuh..

  5. Bukan ceramah politik tapi majlis kesyukuran…

    Dalam kalah ada menang…
    Walau kalah dianggap menang sebab itu kambing,lembu tumbang…
    Untuk jamuan tetamu yang datang..

    zool..belum sedia libat politik,jadi penyokong pun udah le..pilihan tetap kena buat sebagai pelaksana tanggungjawab.. ;)

  6. Shahahahha… mmg seronok naik bas… Hummm…. ada ceramah ada makan free beb!

  7. Aku dah banyak akli jugak pergi Melaka Sentral ni.Bagi aku tempat dia memang luas dan semua kemudahan cukup.Tiap kali aku pergi mesti ada pameran kereta

  8. hurm..cmbest je..ako j yg jarang gle pegi melaka…last g bila ek,,?xingat dah..

  9. ecahkoop –> melaka pun sama.. banyak gak pendatang ….
    sebol —> penarik beca??? tak paham..
    nuur –> boleh nanti saya bagi satu tikar terbang p ramlee punya.. Zam2 ala kazam..
    cikguazleen —> tak tau apa yang diceramahkan..
    kumbang —> he he he bukan ceramah ke?? betul ke????
    azhar —> tak tau ada makan ke tak.. tanya sebol ngan kumbang.
    starline —> tq kerana memuji…
    mr eims –> hohoho.. best woo naik bas… Jom gi Melaka

  10. Bob,ko main snooker lagi?Lama dah tak main snooker.Tak sempat nak nak berkecimpung lagi…aku kadang2 sabtu ahad pun kena keje.Rasa cam nak mintak Jabatan Pelajaran Melaka jerk tapi boring pulak dok kat JPN nie.Apa citer bebudak yang lain?Senyap jer…
    Kedai depan rumah ko tu on lagi ker?

  11. KPSU (PA) –>alamak bro… aku dah bertahun tak pegang kayu snooker… Nak masuk Jabatan Pelajaran Melaka????Huhuhuhu aku tak galakkan selagi orang atas masih sama.. sakit ko nanti…

    bebudak masih bersuara, cuma awak je yang senyap. tu yang tak tau perkembangan tu..

    kedai depan rumah on lagi…

  12. asalamualaikom
    tumpang tanya jauh tak stesen bas tu dengan sg udang??tima kasih

  13. amid –> lebih kurang 40 minit gak nak gerak..

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>