Memerah Keringat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..
Semoga hari ini menghadirkan keceriaan kepada anda semua selaku pembaca blog ligakampung..

Hari ini walaupun bercuti namun ianya tidak bermakna saya hanya duduk mengadap PC sahaja.. Hari ini saya dan BD banyak memerah keringat. Walaupun keringat yang dikeluarkan terlalu sikit berbanding dengan pekerja-pekerja bangunan namun ianya tetap memenatkan.. Almaklumlah jarang-jarang bekerja mengeluarkan peluh, sesekali buat kerja yang agak berat ni agak seronok juga.. Hari ini saya memindahkan barang-barang dari stor memandangkan stor lama akan dihuni oleh orang lain.. Nampaknya kawan-kawan sepejabat perlu memikirkan di mana untuk menghantar barang-barang tersebut..

Selepas itu menghantar pula suratkhabar lama, majalah lama, botol minyak kosong dan besi untuk dijual di kedai menjual barangan terbabit.. Banyak sekali barang-barang bersepah di sana.. Malahan tangki air juga ada di buang di sana.. Kenapa plak si Zool ni tiba-tiba berminat dengan tangki air ni??? Minta maaf saya tidak boleh menyatakan sebab musabab kenapa minatnya saya dengan tangki air buat masa ini.

Dan nampaknya perkara yang patut dilakukan pada hari ini akhirnya dapat dilaksanakan.. Saya telah pergi ke kandang kambing berhampiran rumah saya..Bersama adik, saya menyodok tahi kambing… Agak mudah untuk mengautnya kerana ianya dalam bentuk sfera dan berada dalam keadaan pepejal.. Dalam tempoh kurang dari 20 minit, 3 guni telah berjaya dipungut.. Banyak sungguh kambing ni melakukan perkumuhan ye.. Sambil-sambil memandang kambing terasa teruja plak untuk menternak kambing ni.. Takpe ilmu rahsia kambing boleh menjadi panduan bila telah bersedia…

Selepas balik pula saya memindahkan pula baja-baja yang seberat 50 kg.. Pergh kalau tiap-tiap hari camni mesti badan akan jadi sesasa Sazali Samad dan ramai awek-awek kan terpikat.. :)

Cukup dengan cerita saya memerah keringat.. Berbanding dengan petani-petani yang mengusahakan padi keringat mereka terlalu amat berharga.. Bayangkan dengan kudrat mereka memajukan tanah-tanah untuk diusahakan dengan tanaman padi.. Teringat ketika masa zaman sekolah rendah, ketika itu ibubapa saya ada mengusahakan sawah padi.. Memang penat kerana selain perlu membanting tulang dalam keadaan kepanasan perlu juga melindungi tanaman tersebut dari haiwan-haiwan perosak seperti burung dan tikus.. Teringat masa dahulu betapa kreatifnya membuat ‘orang-orang’ bagi menakutkan haiwan tersebut..

Itulah dia pengorbanan petani-petani, walaupun mereka tidak semewah sesetengah dari kita yang mungkin tidak pernah pun menjejakkan kaki ke bendang namun kebanyakannya hidup bahagia..

Diharap kita sentiasa menghargai perjuangan mereka dengan tidak membazir beras.. Ingatlah satu ungkapan sajak yang ditulis oleh Shahnon Ahmad ‘ Setipa Butir Nasi Yang Kita Suap Adalah Hasil Darah Petani’…
jadi sama-sama kita fikirkan..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1141
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

2 Responses to “Memerah Keringat”

  1. farahaznilNo Gravatar says:

    hohhoo..sanggupnya dia kemaskan tahi kambing tu…ni mesti kerja kambing2 samdaddycool yg buat nih..hahaha….

    Reply

  2. sweetNo Gravatar says:

    memerah keringat
    membanting tulang
    demi mencari rezeki yang halal
    hasil titik peluh tangan sendiri
    berkat kesabaran dan kesungguhan
    akhirnya akan membuahkan hasil
    yang lumayan…
    InsyaAllah

    ***ternakan cacing di Banting Selangor pernah pergi ke situ tak?

    Reply

Leave a Reply