Memancing

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Mesti ada antara anda yang mempunyai hobi memancing.. Bukan memancing awek tau tapi memancing ikan samada di laut, sungai, tasik, parit mahupun kolam memancing. Saya bukanlah pemancing malahan tidak menyukainya walaupun terdapat sungai di belakang rumah. Hobi memancing ni memang merupakan hobi yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Seingat saya sebelum ini saya pernah memancing di zaman budak-budak sekolah rendah dulu.. Memang asyik tak dapat je.. Umpan habis, hasil takde.. Dan baru-baru ni rakan sepejabat mengajak untuk memancing di parit di Merlimau.. Seperti 20 tahun yang lalu nasib langsung tidak menyebelahi. Tiada ikan yang lekat di tali pancing ni. Ada beberapa perkara yang saya agak pelik dan kagum dengan pemancing..


Antaranya ialah :-

1. Kesanggupan untuk berhabis-habisan membeli peralatan pancing yang kadangkala mencecah ribuan ringgit..
2. Sanggup meredah lautan untuk memancing. Kalau nelayan menyabung nyawa untuk mencari sesuap nasi tapi mereka mencari kepuasan..
3. Boleh menunggu berjam-jam lamanya.. Kesabaran mereka memang menjadi kekaguman saya.. Kalau saya 10 minit pun dah tak tahan.
4. Selamba je mencucuk umpan dengan tepat ke dalam mata kail.. Saya mengalami kesukaran untuk menusukkan cengkerik ke mata kail.. Kalau sesiapa yang geli susah woo.
5. Timing yang hebat.. Waktu nak rentap joran tu memerlukan kebijaksanaan si pemancing.. Saya memang failed dalam hal-hal ni..
6. Tau lubuk ikan. Yang ni memerlukan jaringan antara rakan-rakan pemancing.. Cepat je mereka tau tempat-tempat banyak ikan ni..

Cukup setakat ni. Walaubagaimanapun ini adalah hobi masing-masing. Ianya tidak menyalahi selagi tidak melampau.. Kepada kaki pancing teruskan usaha. Kalau ada ikan lebih pass kat si Zool. Dia layan makan je..

Blog dan website baik untuk kaki pancing
Catch-Fish
Pancing.info
Fishing.net.my

Related Posts with ThumbnailsJumlah yang melihat entri ini: 391
delicious | digg | reddit | facebook | technorati | stumbleupon | savetheurl
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.

3 Responses to “Memancing”

  1. safarNo Gravatar says:

    bab pancing saya tidak reti.banyak kali cuba.cuma dapat ikan kecil.

    paling kuat pun ikan bilis.

    Reply

  2. Dr HouseNo Gravatar says:

    Sejak beberapa bulan ni time cuti 2 minggu sekali mesti pg memancing. Pernah x dapat ikan, tapi tetap pg memancing. Tujuannya adalah melepaskan semua tension dalam kolam pancing.

    Reply

Leave a Reply