Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Hari ni saya nak menulis tentang perkara yang mungkin pernah berlaku pada sesetengah dari anda… Pernahkah anda memalukan diri sendiri ketika di khalayak ramai..
Kalau anda merupakan pembaca setia mungkin mengetahui bahawa saya sedang berkursus di INTAN Kluang..
Dan nampaknya saya ingin berkongsi sedikit kisah memalukan di sana.. Tak kisahlah kalau anda ingin gelak atau sekadar senyum sinis.. Okay pada hari pertama kursus induksi semua peserta berkumpul di dalam Dewan Jemerlang.. Biasalah memperkenalkan diri masing-masing.. Sambil-sambil tu diperhatikan ramai sungguh kakitangan dari Badan Pencegah Rasuah yang sama-sama berinduksi di sini.. Terdapat beberapa aktiviti yang berlaku pada waktu tersebut.. Antaranya mencari kumpulan yang bermula dengan pangkal nama ( hanya terdapat 5 orang dalam kumpulan kami), menyusun barisan mengikut ketinggian ( saya lelaki kedua terakhir yang paling rendah..
), menyusun barisan mengikut umur ( ramai juga berumur 30 tahun) dan perkara yang telah memalukan saya ialah meniup belon.. Huhuhuhu. Eh kenapa tiup belon pun malu, Zool ? Mesti anda tertanya-tanya kan??? Mesti ada yang beranggapan bahawa saya tidak mampu meniup belon tersebut..

Huhuhuhu.. Sebenarnya saya mampu meniup belon tersebut walaupun kadar pembesarannya boleh dipertikaikan ( he he he.. takut meletup ..).. Sebenarnya kadar besar belon tersebut tidaklah memalukan tetapi kelemahan mengikat belon tersebut..
Dengan semua peserta telah mampu mengikat belon tersebut saya masih terkial-kial ( lemah betul kan si Zool ni).. Dan akhirnya, Pak Ali (pengurus program ) meminta semua melambungkan belon ke atas.. Ha??? Dengan ketidakmampuan untuk mengikat belon tersebut saya termangu.. Akibatnya dipanggil ditengah bulatan dan diminta meniup kembali belon.. Dan dalam keadaan tertekan saya tidak mampu meniupnya.. Memang ada peserta lain mengelakkan saya tetapi dalam keadaan itu saya tidak mempedulikan lagi.. Walaupun agak malu Pak Ali memberikan kata nasihat supaya ‘jangan kecewa’.. He he he.. Tipulah kalau kata tak kecewa.. Memang amat kecewa sangat.. Dan ketika balik saya cuba menciluk 2 belon untuk dibawa ke bilik.. Setakat ini keupayaan mengikat saya masih belum menjadi.. So kawan-kawan semua ada sesiapa yang bijak mengikat belon?? Boleh beri saya tips??? Huhuhuhuhu..
p/s :- Masih tak puas hati selagi tak berjaya mengikat belon tu..









July 17th, 2008 at 4:23 am
mintak izin nk gelak sat “whahahahaha”
aiYok.. pelik.. syia x reti tiup.. awk x reti ikat.. kene buat tutorial how to ‘ikat belon lepas tiup’
[Reply]
July 17th, 2008 at 9:35 am
Salam bro….
Takpe…itu hal kecik jer…yg penting kau ikut jer induksi tu…Pedulik jer hal org lain…Pasal public speaking tu…kau rilek jer.Tips utk public speaking kau jgn hafal apa yang kau dah tulis.Kau ingat key point ajer pastu elaborate.Time management yg paling penting.
Teringat aku masa Induksi kat Pangkor dulu.Aku berdua je ngan member yang PTD,lain semua cikgu.Aku kena tajuk yang tak mencabar langsung “Budaya Membaca”.
[Reply]
July 17th, 2008 at 11:49 am
Bro..
Cara ikat belon..,
Selepas tiup belon tersebut secukup angin
kemudian pegang atau picit kat pangkal belon tersebut(sepit dengan 2 jari pun bleh..)
Kemudian tarik…secukup rasa..
and then,
simpul jelah..
semoga berjaya…he..he..he
[Reply]
July 17th, 2008 at 2:00 pm
syia –> balik je bilik curi belon.. saya praktis.. 3-4 hari baru jadi ikat satu belon.. balik nanti nak beli lah..
KPSU (PA) –> thanks 4 tips..
thinkerich –> tips bagus.. saya silap sebab pakai satu jari je tahan.. tu yang terkial2..
[Reply]
July 17th, 2008 at 2:51 pm
bro. ko g kursus ape kat INTAN nie. PTD ke?
[Reply]
July 19th, 2008 at 9:17 am
thinker –> kursus Induksi UMum..
Kursus untuk meng’confirm’ kan diri..
[Reply]
July 21st, 2008 at 4:23 pm
teknik paling mudah nak ikat belon adalah jangan tiup besar sangat belon tu…sedang-sedang sajer(yg sedang-sedang sajer ikut lagu dangdut tuh)
[Reply]
July 22nd, 2008 at 6:45 am
hehehe… menarik sungguh cerita hari ini…
itu baru nak ikat belon. kalo buat lumba pecahkan belon dalam acara sukan lagi haru sebb tertekan nak menang.
atau buat rekabentuk belon.
ini bukan pertandingan… jadi jangan kecewa dan putus asa. boleh try cari cara nak ikat belon.
saya sendiri pun terkial2 nak ikat belon.
tengok kat pasar malam dan kedai yang menggunakan getah untuk mengikat bungkusan plastik… camner mereka boleh buat begitu pantas?
itu yang guna getah. kalo belon dah tentu tak guna getah pengikat…
takper laa berlatih itu penting. teruskan usaha anda sehingga berjaya.
boleh jugak belajar camner nak hasilkan belon yang boleh dibentuk macam2 rupa bentuk dengan guna belon… yang itu boleh belajar lebih lanjut lagi.
search aje dalam internet “how to tie ballon”
[Reply]
July 22nd, 2008 at 6:45 am
ada teknik sket nak ikat belon tu. kalau dah biasa meniup. pandaila..
[Reply]
July 22nd, 2008 at 6:52 am
kena tambah tajuk lebih menarik lagi “mari berlatih mengikat belon” lebih kool untuk panduan mereka yang tak tahu nak ikat belon. Cepat dan pantas mengikat belon.
hehehe… boleh buat duit dengan belon. bleh tambah pendapatan secara sambilan.
[Reply]
July 26th, 2008 at 3:40 pm
zaidi –> baguslah zaidi.. ko boleh jadi cikgu mengajar tiup belon..
titan –> camne bro?? kongsilah..
abd fatah –> jual belon atau jadi badut belon.. duit tu
[Reply]