LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Melaka United-MBMB dalam kumpulan sukar

Skuad futsal Melaka United-MBMB terpilih dalam Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2018 yang bakal berlangsung di Yogyakarta, Indonesia bermula dari 15 hingga 21 Julai ini.
Diletakkan dalam kumpulan sukar pasukan Melaka United-MBMB diletakkan dalam Kumpulan B bersama pasukan Bangkok BTS dari Thailand, Sanatech Khanh Hoa dari Vietnam dan SKN FC Kebumen dari Indonesia.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata
‘”Melaka United-MBMB diletakkan bersama juara bertahan iaitu pasukan dari Thailand, kita berharap pemain mampu melepasi halangan awal dengan melakar kemenangan ketika menentang pasukan dari Vietnam dan tuan rumah.”

“Walaupun saingan pada kelompok ini dilihat sukar, tetapi kita telah berpesan kepada mereka (pemain) supaya tidak melepaskan peluang ini jika kita mahu mencipta kejayaan lebih besar,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Bapa Angkat, Jabatan Angkat dan Anak Angkat (Sukan) Sempena Sukma 2018 di Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka, Krubong, di sini hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun sekiranya skuad bimbingan Jurulatih Mohd I’sah Abd Rahim itu mampu mengatasi lawan mereka untuk mara ke saingan seterusnya, peluang Melaka United-MBMB untuk beraksi di pentas akhir kejohanan edisi keempat itu dilihat lebih mudah.
– BERNAMA

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)