LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Media Prima dapat hak penyiaran tiga tahun

Rangkaian stesen televisyen percuma, Media Prima telah diberikan hak penyiaran bagi perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) bagi tempoh tiga tahun dari tahun 2016 hingga 2018.
Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), syarikat yang menguruskan Liga-M bermula pada musim ini membuat kenyataan bahawa Media Prima akan diberi hak untuk memulakan liputan menyeluruh mengenai Liga M bermula 13 Feb ini dengan menyiarkan 2 perlawanan secara langsung.

mpb-logo_031

Perlawanan merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) dan juara Piala Malaysia, Selangor akan disiarkan menerusi TV3 bermula jam 8.45 malam dan perlawanan antara Perak menentang Kelantan akan disiarkan di TV9.
Liputan penuh Liga-M akan disiarkan di platform televisyen dan dalam talian melalui tonton.com.my.

Perjanjian ini meliputi siaran langsung atau tertunda bagi perlawanan Liga Super (dua perlawanan setiap pusingan) dan Piala FA Superbest Power (satu perlawanan setiap pusingan) mulai Feb hingga Mei 2016.
Manakala bagi pusingan Piala Malaysia Tm pula satu perlawanan setiap pusingan akan disiarkan.

Hak penyiaran stesen Media Prima adalah hasil rundingan MP & Silva, penasihat global Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi hak media dan komersial.
BERNAMA

Ligakampung.com mengalu-alukan penyertaan Media Prima sebagai hos penyiaran rasmi bagi Liga Malaysia 2016. Cuma mungkin kualiti para pengulas serta siaran perlu diperbaiki berbanding dahulu. Selain itu perlu juga ada ulasan ala-ala bola sepak Eropah supaya lebih menarik lagi.

Diharap juga isu perkongsian pendapatan kepada pasukan bertanding dapat diselesaikan pada tahun ini dan tiada lagi masalah mengenai ketidakmampuan untuk pasukan membayar gaji kepada para pemain. Semoga melalui penyiaran stesen percuma ini dapat menarik lebih ramai para peminat untuk memberikan sokongan terhadap bola sepak tempatan melebihi sokongan kepada pasukan luar.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Media Prima dapat hak penyiaran tiga tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)