Media cacing

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Nampaknya 2-3 hari ni saya banyak mencari maklumat di internet berkenaan media untuk cacing.. Selain itu saya juga telah menerima nota ringkas dari En Wan Mustafa mengenai panduan asas dalam penternakan cacing.. Memang banyak ilmu yang dikongsi.. Selain itu saya juga mendapatkan sedikit maklumat melalui sms dengan beliau..

Sebelum dimulakan topik kali ini saya ingin meminta maaf jika ada antara anda pembaca yang tidak berminat dengan apa yang ditulis oleh saya ini maklumlah ianya akan melibatkan benda-benda yang agak kotor.. Jika berminat sila teruskan


Apa itu media cacing?? Bagi yang masih kosong mungkin tidak tahu makna media dalam bidang penternakan cacing, media dalam erti kata mudah ialah tempat yang akan dihuni oleh cacing.. Jika biasanya kita melihat cacing-cacing bergelumang dalam tanah, untuk penternakan cacing ianya akan digantikan dengan media.. Apa kandungan media?? Media yang sering digunakan ialah campuran najis ternakan dan serbuk-serbuk yang boleh dihadam cacing..

Boleh dikatakan kebanyakan penternak menggunakan media habuk papan + najis kambing.. Untuk menghasilkan media yang bersesuaian dengan cacing. Teori yang sering digunapakai dalam penghasilan media ialah 30% najis kambing dan 70% habuk papan.. Walaubagaimanapun terdapat banyak cara untuk menghasilkan media bagi cacing ini.. Bergantung kepada kerajinan dan keberanian anda untuk melakukan kajian.. Saya juga dalam proses melakukan kajian media bagi menoptimumkan penggunakan bahan-bahan organik yang mudah dijumpai..

Walaupun cacing bukanlah jenis yang cerewet namun keasidan media perlu dititikberatkan.. Tahap yang sesuai ialah PH 6 ke 7.2.. Macammana nak tahu PH ?? Anda boleh mengetahui tahap keasidan dengan membeli peralatan mengukur PH atau kad PH.. Bagi saya yang berskala kecil kertas PH lebih sesuai digunakan ( sebenarnya belum beli-beli lagi kertas PH ni)..

Contoh pengukur PH meter.. Mana nak beli?? saya pun tak tau lagi..

Kertas PH yang boleh didapati di farmasi berdekatan anda..

Kelembapa media juga amat dititik beratkan.. Teorinya sekitar 15%- 30% tetapi sukar untuk ditafsirkan yang penting apabila diperhatikan media telah nampak kering dan ada cacing2 yang telah mula keluar kita perlulah melakukan siraman.. Seeloknya siram dengan penyembur sehari sekali bagi mengelakkan media menjadi kering..

Suhu yang paling ideal adalah sekitar 20 darjah celcius.. yang ini mudah untuk di semak sebab kebanyakan farmasi di Malaysia ada menjual termometer..

Itulah sedikit sebanyak tentang matapelajaran media cacing yang saya pelajari dalam 2-3 hari ni.. Insyallah saya akan berkongsi ilmu dan juga pengalaman baru dalam menghasilkan media cacing ni.. Tunggu..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :4135
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

Leave a Reply