Maxis , Air Asia taja Piala Dunia 2018

Peminat bola sepak tempatan pastinya gembira bila siaran tv percuma dari Kerajaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mendapat tajaan RM30 juta menerusi syarikat telekomunikasi terkemuka , Maxis Berhad(Maxis) dan syarikat penerbangan tambah rendah, AirAsia.
Maxis selaku penaja platinum memberikan tajaan bernilai RM18 juta manakala AirAsia selaku rakan strategik penaja emas menaja sebanyak RM12 juta.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, tajaan itu melibatkan peruntukan 400 jam siaran bagi 41 dari 64 perlawanan yang bakal disiarkan menerusi TV1 dan TV2.
Sebanyak 28 perlawanan akan disiarkan secara langsung manakala 13 aksi secara siaran tertunda.

Sumber :-Kosmo

Banyaknya tajaan dari syarikat gergasi tu. Nanti timbang-timbang sikit la nak letak iklan kat Ligakampung.com ye. Mana tau lagi 4 tahun boleh pula Ligakampung menjadi sponsor pula.

OO ye, hari ni perlawanan pertama antara Russia menentang Arab Saudi. Anda rasa pasukan mana akan dapat tiga mata? Kami di Ligakampung.com bersepakat meramalkan Russia menang dengan keputusan 1-0.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

2 thoughts on “Maxis , Air Asia taja Piala Dunia 2018

Leave a Reply