Assalamualaikum semua…
Sihat-sihatkah anda semua??? Harap-harap begitulah…
Nampaknya sudah 3 hari saya tidak meninggalkan post di blog ligakampung.com.. Terasa rindu yang amat terutamanya kepada rakan-rakan pembaca semua… Adakah anda rindu pada saya ??? Agaknya mesti tiada yang rindu pada sayakan.. Ye lah siapalah saya untuk dirindukan.. Huhuhuhu. Tapi harap-harap anda semua setia untuk menjadi pembaca blog yang simple sesimple penulisnya. Chewah.. berjiwang plak hari ni…

Okaylah pada hari ini yakni pada hari Isnin malam Selasa saya menaip sebuah post berkenaan dengan kejayaan. Sudah semestinya ia ada sedikit kait mengait dengan diri ini. Walaupun kejayaan saya mungkin ciput berbanding orang lain namun saya tetap berbangga.. Setelah bergelumang dalam bidang perumahan selama lebih 3 tahun kini akhirnya saya telah memiliki rumah sendiri…
Walapun perlu membayar ansuran bank selama untuk 30 tahun yang akan datang namun ianya merupakan matlamat yang ditetapkan pada tahun ini. Syukur alhamdulillah walaupun rumah yang dibeli tidak sebesar dan sehebat mana namun pembelian aset ini dapat menjadi satu kejayaan pada diri ini.. Nampaknya matlamat untuk tahun depan yang ditetapkan pastinya merupakan salah satu cabaran yang perlu dicapai sehebat cabaran akak linncomel..
Bagi mencapai matlamat sudah semestinya perancangan perlu dimulakan dari awal.. Untuk matlamat pada tahun 2008 nampaknya satu pelan tindakan perlu dilaksanakan memandangkan perancangan telah pun dibuat pada tahun hadapan. Saya akui matlamat tahun ini dicapai agak lewat kerana tiada strategi yang sistematik dirancang namun saya akan melaksanakan matlamat tahun 2008 dengan lebih baik.. Apa matlamat tu?? Tunggu??
Okay bercerita tentang matlamat sudah semestinya setiap sesuatu perkara yang dilakukan perlu ada objektif atau sasaran yang ingin dicapai. Tanpa sasaran sudah semestinya apa yang dilakukan hanya sekadar biasa tanpa ada penambahbaikan dilakukan bagi merealisasikan sesuatu misi tersebut..
Jika sebelum ini saya menulis blog-blogz saya sekadar untuk percubaan setakat mana kemampuan untuk menulis namun setelah lebih dari 1/2 tahun diakui bahawa sedikit demi sedikit kemampuan melontarkan idea telah terlihat. Diakui konsistensi merupakan perkara yang mencabar dalam menulis blog kerana selain perlu menulis perkara yang sesuai menarik perhatian pembaca juga sesuatu yang sukar.
Seperti kata shueqry pada saya agar menulis secara unik menyebabkan saya terangsang untuk menulis mengikut kemampuan dan minat saya, bukan mengikut trend orang lain. Saya juga suka dengan falsafah seorang pegawai di jabatan ini, lebih kurang begini ” APa yang kita ada sekarang tak penting, yang penting apa yang kita tinggalkan’… Memang menarik falsafah beliau yang menyatakan bahawa kita perlu mencari sesuatu untuk ditinggalkan kepada generasi yang akan datang dan bukannya berbangga dengan apa yang kita ada sekarang…
Saya amat bersetuju dengan falsafah beliau.. Apa guna harta berjuta jika kita tidak mampu menghasilkan sesuatu yang dibanggakan untuk generasi akan datang.. Apa guna kekayaan jika hanya kerosakan yang ditinggalkan untuk cucu cicit kita.
Okaylah nampaknya saya telah mula melalut pula hari ini.. ALmaklumlah baru je selesai kursus… Bagaimana pula dengan matlamat atau azam anda ?? Adakah telah tercapai atau dalam proses untuk diselesaikan.. Cepat-cepatlah selesaikan sebelum tahun 2008 menjengah..









November 19th, 2007 at 1:14 pm
wah wah !!congrats on the new house
bila nak buat kenduri doa selamat ? ^^
my matlamat fer this time sadly ade yg tak tercapai..tp ade jugak yg tercapai..alhamdulillah..
untul 2008 pula..mebbe akan try untuk capaikan ape yg tak dulu..haha..
[Reply]
November 19th, 2007 at 1:57 pm
ya, aku rindu kat kau
bila rumah kau akan siap? kau beli baru or kau beli 2nd hand. baguslah kalau sudah ada perancangan untuk 2008
[Reply]
November 20th, 2007 at 6:41 am
ehmmm, matlamat tahun depan dah ada. Insyaallah, thn dpn dah grad dan keje semula.Byk benda yang nak di realisasikan nanti..
[Reply]
November 20th, 2007 at 12:00 pm
Irdrza —> hm.. kenduri.. tak berani nak cakap bila dah… takpe masing2 ada matlamat yang berjaya dicapai atau tidak.. yang penting ada matlamat untuk dikejar..
azwan –> ko rindu kat aku???. Huhuhuhu.. rumah dah siap dah…. insyallah bulan depan setel masuk api air.. tinggal belum tau bila nak tinggal kat sana.. almaklumlah…
zuhairy –> semoga berjaya..
[Reply]
November 20th, 2007 at 1:17 pm
Tahniah. Apa pun, rumah tu rumah sendiri. Tak yah nak bayar sewa lagi kot.
[Reply]
November 21st, 2007 at 6:30 am
tahniah …. bak kata akula … yg penting rumah sendiri xyah bayar sewa … bila pikir buat aper byrkan rumah org sedangkan kita mampu utk beli rumah sendiri walaupun kecik ye tak … atleast another 6yrs rumah tu akan jadi milik kami totally …
Zool … blog saya crash lagi … sedih nih .. huk huk ..
[Reply]
November 21st, 2007 at 8:20 am
akula —> memang tak yah bayar sewa tapi kena bayar ansuran bank.. N still masih memikirkan bila agaknya nak tinggal kat situ.. tapi entahlah…. masih kabur lagi.. Paham tak??? Buat2 paham..
Leeza —> betul tu… syukur dan ukur badan sendiri. nak beli rumah besar2 pun tak guna.. last2 tinggal berdua je. ( kalau berdua lah)…
[Reply]
November 21st, 2007 at 8:22 am
Leeza —> alamak blog awak crash.. cuba tanya provider mana tau boleh back up.. sebab kalau tgk dia punya error ni pasal database…ada terdelete apa2 ker dalam mysql???
[Reply]
November 21st, 2007 at 11:45 am
zool..eventhough you gotta pay the loan bills..it is still your house..and not someone else’s
hehe..
[Reply]