Mat Redho juara Ninja Challenge League 2018

Anda peminat Ninja Warrior? Pasti anda teruja melihat aksi peserta melepasi pelbagai halangan sebelum melangkah ke peringkat tertinggi.
Tahukah anda kini Malaysia mempunyai juara dalam kejohanan sukan ekstrem seakan Ninja Warrior itu? Redha Rozlan, 30 atau lebih dikenali sebagai Mat Redho berjaya membuktikan kemampuan anak Malaysia apabila menjuarai kejohanan Ninja Challenge League 2018 yang diadakan di Perth, Australia baru-baru ini.
Beliau yang sebelum ini pernah menyertai acara seperti American Ninja Warrior Musim ke 9 dalam Kumpulan Asia, Sasuka Asean Cup 2014 dan Sasuke Vietnam 2016, 2017 dan 2018 berjaya menumpaskan Jake Murray dan Cameron D Silda yang mempunyai susuk tubuh yang lebih sasa.

Mat Redho pernah menjadi Juara Fear Factor Selebriti Malaysia musim kedua apabila berpasangan dengan pelakon Erin Malek pada 2014.
Tahniah kepada Mat Redho, semoga lepas ini ramai atlet sukan ekstrem mendapat tempat serta penajaan oleh agensi berkaitan.

1 thought on “Mat Redho juara Ninja Challenge League 2018

  1. Respek Mat Redho ni. Senyap-senyap je dia. Time Fear Factor dulu pun tak perasan. Dulu pernah sekali muncul tu pun macam ni jugak. Lepas dah menang dan mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives