Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni dalam cuti Tahun Baru Cina . “Xinnian Sheng Ri Kuaile”(betul ke) kepada CandiceChong, Ahmike,Raymond dan lain-lain.. Semoga tahun baru anda akan memberikan kejayaan lebih ..
Hari cuti panjang ini saya mengadap PC lebih kepada projek-projek untuk menambah sedikit pendapatan. Dan projek tertangguh saya ialah perniagaan di ebay. Nampaknya percubaan untuk menjual baja cacing masih belum berjaya lagi .. Tapi tak mengapa saya masih belajar lagi..
Menyemak kembali bahan-bahan lama yang tersadai di rumah terpandang kumpulan buku majalah ‘Mastika’ .. Jadi saya cuba untuk menjualnya di ebay.
Okay cukup pasal ebay. Saya telah pun membuat blog khas untuk perjalanan projek ebay. Cuma kali ini saya ingin berkongsi tentang majalah Mastika.. Saya yakin ramai yang membacanya. Ia banyak mengandungi kisah misteri, seram, masyarakat, dan pengetahuan umum. Memang majalah ini kerap menimbulkan kontroversi dengan cerita-cerita panas mengenai kehidupan manusia. . Majalah Mastika mula dikeluarkan pada 1 Jun 1951. Kira dah 58 tahun bertapak di Malaysia ni.. Lama jugak tu.. Malahan dari sebuah majalah yang berkisar tentang perjuangan untuk mendapat kemerdekaan kini ianya cuba mengupas hidup manusia zaman selepas merdeka.. Majalah ini juga mudah dibaca dengan saiz yang kecil dan berwarna warni. Memang banyak informasi yang boleh dipelajari di majalah tersebut.. Ada yang menginsafkan dan tidak kurang juga yang menaikkan kemarahan..
Mesti anda juga penggemar Mastika kan?? Apa komen?
Gambar 10 unit majalah Mastika yang dijual di ebay..

Anda nak ?? Layan kat ebay




wow…jual mastika kat ebay…
Reply
zool
Reply:
January 26th, 2009 at 21:51
belajo2 bisnes kecil-kecilan buat bayau domain, bil streamyx.
Reply
Saya rasa mastika ni tabloid dan cuma 30% fakta. Lelain cuma hiburan saja dan banyak hipotesis yang tidak disokong oleh bukti yg kukuh… cthnya Black Metal dulu. wartawan dia jumpa golongan yang bodoh saja. Dia tidak tya peminat muzik ekstrim yang sudah dalam golongan professional. Ramai sebenarnya.. yang dia tya budak yg malas gi sekolah. Apa kah jadahnya.. lucu juga mastika ni..
Reply
zool
Reply:
January 26th, 2009 at 23:37
Er.. ada juga yang berpelajaran tinggi yang ditanya.. malahan ada yang berpelajaran teramat tinggi sehingga banyak benda dipersoalkan..
Bukan semua budak malas sekolah je tanya..
mungkin masa anda baca tu tentang budak malas sekolah..
Yang penting baik jadi panduan buruk jadikan sempadan.
Reply
Dulu Saffa suka baca majalah Mastika. Tapi tak pernah langgan atau beli.. baca kat library sekolah jer.
Reply
rajin sungguh berniaga.. semuga segala usaha mendatangkan hasil lumayan.. baru sebentar tadi bercerita dengan along.. perbandingan peniaga melayu dengan peniaga bangsa asing di negara kita ni.. you know who..
Reply
hehe aku suka cerita2 misteri dia
dulu2 aku siap pinjam jiran punya.
ko masih ingat siri bercakap dengan jin ?
Reply
Salam, sampai sekarang aku baca Mastika.
Paling aku suka tentang Mastika adalah cerita atau berita yang tersiar dalam tu terkehadapan, dan tak pernah terfikir pun sebelum ni.
Contohnya mengenai Freemason, murtad, pejuang kemerdekaan berhaluan kiri dan sebagainya. Kupasan ala mastika sangat aku suka!
Tepat dan padat.
Reply
giler canggih. wat dua versi. buku dan ebook. yeah!
Reply
mastika skrg da ngarut2 lebih.
tengok cover da xde mood da.
Reply
aku dah tak ingat dah berapa banyak buku mastika dah aku beli. tiap2 bulan memang aku beli punye..
Reply
Dulu Mastika nie info dier macam Readers Digest.. la nie nampak leboh “craps”… ntahler…
Reply
Thanks for your wishes.
Reply
hidup antoros,,,aku bangga ada anak mcm antanom kuat dan perkasa,,,hahahhaha
Reply
mastika ni mahal ba,,,bagi kurang la harganya,,,bagus lagi majalah ujang ada lawak lagi…mastika tak de pun lawak,,
Reply
saya pun saka,kat thai tak ada kalo saya gi msia slalu gak gi pinjam kawan2.bez
Reply
saya ada berpuluh koleksi mastika malah yg paling lama pun ada..satu malam saja boleh baca empat buku mastika yg lama2 dulu berulang2
Reply