Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Gambar di ambil dari Blog Ibnu Hasyim
Sebelum ini saya ada menulis mengenai masjid Kampung Hulu bagi projek mencari air kolah 7 masjid. Setelah mendapat info dari Encik Rohaizad saya pergi ke Masjid Kampung Tengkera pula.. Terima kasih kepada En Rohaizad memang tepat sekali di sana terdapat kolah yang agak besar. Malu pun ada sebab info datang dari orang Johor tu.. Kolah untuk wuduk nya memang agak besar seluas kolam renang, cuma kena hati-hati takut kalau tergelincir boleh lemas tu.. Agak malang kerana tak ambil gambar. Ingatkan pada mulanya tak bawa kamera tetapi bila nak balik baru perasan ada kamera Olympus dalam poket. Tak mengapalah takde rezeki..
Masjid Tengkera ni terletak di kawasan bandar di Tengkera. Memang sempit sikit kalau nak parking. Mengikut sejarahnya masjid ini merupakan masjid kedua tertua di Malaysia selepas Masjid Kampung Hulu. dan dibina pada tahun 1728 bersamaan 1141 Hijrah. Sebab itu kalau tengok binaannya hampir serupa dengan masjid Kampung Hulu. Makam Sultan Hussein Muhamd Shah dari Johor terletak di dalam kawasan masjid ini. Baginda merupakan raja yang menyerahkan Singapura kepada Sir Stamford Raffles. Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka, kemudian mangkat di situ dan dimakamkan di perkarangan masjid ini.
Boleh baca info selebihnya di Wikipedia.
p/s :- Dah jumpa 4 masjid yang ada kolah untuk wudhu. Dapat info ada beberapa kawasan lagi, tapi masih belum pergi jadi tidak boleh mengesahkannya..
RSS Feed
Twitter



November 8th, 2009
zool
Posted in
Tags: 


Salam,
Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua. Rilek rilek.
selambe.
Reply
zool
Reply:
November 9th, 2009 at 15:52
nanti ada masa gua lepak..
Reply
ooo..7kolah air untuk tujuan ape sebenar.
kalau rajim jom singgah blog comel..pollow tau..ekekek
thaz & salam
Reply
zool
Reply:
November 9th, 2009 at 15:53
7 kolah untuk sebab2 yang tak boleh diberitau
Reply
masjid kat sekolah aku dulu2 ada kolah.haha
apa tu 7 kolah air? macam cerita dongeng je..hehe
Reply
zool
Reply:
November 9th, 2009 at 15:54
7 kolah air.. cerita dongeng pun cerita dongeng lah
Reply
Salam,
saya juga sedang cari masjid yang ada kolah tp nak 2 masjid area selangor (dengkil-putrajaya). any suggestion?
thanks
Reply
Cuba cari sepanjang jalan kat Hulu Langat. Lebih daripada tujuh pun ada.
Reply
Assalam..
kite nk cari air kolah berdekatan selayang/kepong..tq
Reply