Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ini saya pergi ke Masjid Kampung Hulu untuk mengambil sesuatu. Agak lama tak ke sana. Ye lah masjid tersebut agak jauh dari lokasi yang saya pergi.
Untuk pengetahuan anda, masjid Kampung Hulu merupakan antara masjid tertua di Malaysia. Pembinaannya yang dimulakan pada tahun 1728 Masihi masih lagi utuh di tengah-tengah kesibukan bandar. Terletak di persimpangan Jalan Kampung Hulu dan Jalan Masjid .
Keunikan pada rekabentuknya masih lagi tersergam. Tak banyak perubahan dilakukan. Memang klasik sekali.
Mengikut sejarahnya ia dibina oleh penduduk tempatan dengan pembiayaan Belanda. Kalau anda tengok kepada bentuknya, ia mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan masjid di negeri lain. Malahan bentuk tersebut di jenamakan pada masjid-masjid di negeri Melaka. Teringat masa menjadi tourist guide kepada Acai, beliau juga perasan tentan bentuk tersebut yang berlainan sekali. Ye lah kalau di negeri lain kubahnya berbentuk bulat dan tajam di atas tetapi di Melaka kebanyakan penutupnya (kubah juga ke??) berbentuk seperti masjid Kampung Hulu.
Masjid ini masih menggunakan kolah untuk mengambil wudhu . Sekarang ni sukar sekali nak cari masjid yang menggunakan kolah. Lebih banyak yang menggunakan paip secara terus.
Bercerita tentang pemergian saya ke masjid Kampung Hulu. Lepas saja beredar selesai solat sunat dan nak pergi ke kereta, ada satu hamba Allah ni. Badan masih sihat tetiba je ‘ Bang Minta Derma. RM1′.. Adoyai.. Melihatkan tubuh badan yang masih gagah tanpa cacat saya menolaknya. Walaupun nilai RM1 tu tak banyak mana tapi saya lebih sanggup menderma lebih kepada masjid berbanding kepada pemuda tersebut. Wallahualam.
Sekian sahaja untuk kali ini..
p/s :- Sekarang ini saya sedang mencari masjid di negeri Melaka yang masih menggunakan kolah sebagai tempat untuk mengambil wudhu.. Anda tau tak??

















Ada… kalau ko pergi ke Masjid Tengkera, dia still pakai kolah. Dulu aku sewa rumah kat belakang masjid tu je. 2 tahun stay sana.
Reply
zool
Reply:
November 1st, 2009 at 7:20 pm
ok.. member aku ckp dia tak pakai kolah lagi.. tapi takpe nanti aku survey dulu
Reply
Berbeza masjid hulu ni.
Reply
zool
Reply:
November 1st, 2009 at 11:11 pm
memang lain ………
Reply
pergh.. nostalgia laa masjid nie…
Reply
zool
Reply:
November 2nd, 2009 at 11:46 am
eh dulu masa ko praktikal kat Melaka mesti penah solat Jumaat kat sini kan ?
Reply
tu la pasal.. Sebab tu aku kata nostalgia masjid nie.. Heheh
Reply