Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Pernahkah anda mengalami masalah laptop HP/ Compaq tak keluar paparan di monitor dan terdapat kelip-kelip di kawasan ‘caps lock’ dan ‘scroll’? Masalah ini berlaku pada laptop adik saya yang dibeli sekitar 1 tahun lalu beserta jaminan 3 tahun. Pada hari Selasa yang lalu si Zool membawa laptop tersebut ke pusat servis Melaka di Taman Malinja (rujuk gambar lokasi) namun agak pelik sebab datang je ke pusat servis tersebut, masalah tiada. Paparan Windows dengan selambanya keluar ketika ditunjuk pada amoi pusat servis tersebut. Walaubagaimanapun si Zool bertanya juga kemungkinan puncanya. Dengan selambanya beliau mengatakan ia berlaku kerana Windows tersebut rosak dan perlu diformat. Sambil tu beliau juga mengatakan kalau ingin melakukan format tersebut perlu membayar RM80. Satu angka yang cukup besar bagi kerja-kerja pemformatan (mungkin sebab ia pusat servis bertauliah HP kot..) . Memandangkan ia telah berada dalam sediakala maka si Zool membawa pulang ke rumah namun selang 2-3 hari ianya menjadi semula.
Sebelum hendak dibawa kembali ke pusat servis, si Zool mencari di google dan terdapat satu kes sama yang dijumpai di forum HP. Di website HP juga diberikan senarai jika LED ‘berkelip-kelip’ seperti berikut :-

LEDs blink 1 time CPU CPU not functional
LEDs blink 2 times BIOS BIOS corruption failure
LEDs blink 3 times Memory Module error not functional
LEDs blink 4 times Graphics Graphics controller not functional
LEDs blink 5 times System board General system board failure
LEDs blink 6 times BIOS BIOS authentication failure

Kemungkinan salah satu sebab memungkinkan laptop adik saya tak keluar di paparan monitor. Tindakan selanjutnya adalah menghantar juga laptop tersebut ke pusat servis HP pada Sabtu ini. Diharap ia tidak baik secara tiba-tiba dan diharap pusat servis HP melakukan yang terbaik. Selain itu, diharap tiada bayaran dikenakan kerana jaminan telah dilakukan oleh HP selama 3 tahun. Kerosakan perkakasan sepatutnya dibawah tanggungan pihak HP. Harap begitulah..

Ini beberapa gambar yang di snap.
Photobucket
Gambar laptop adik yang mengalami masalah..
Photobucket
Dekat bulatan kuning tu la terdapat LED berkelip-kelip. Si ZOol tak sempat ambil waktu berkelip, laju sangat kelipnya..

Okay cukuplah setakat ini. Kita tunggu je la camne keputusannya hari Sabtu ni…
Sekian.