LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Masalah Jerebu melanda

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya masalah jerebu yang melanda negara kita semakin teruk. Masalah yang bermula pada hari Ahad lepas nampaknya tidak menunjukkan petanda untuk pulih dalam masa terdekat ini. Kabus tebal yang menyelubungi udara menghadkan pandangan serta memberi kesan ketidakselesaan pada diri kita.
Saya juga mengalami masalah tersebut memandangkan Melaka juga terkena tempias akibat pembakaran terbuka yang dilakukan di Sumatera, Indonesia ini. Bayangkan berada di dalam pejabat pun boleh terasa asapnya apatah lagi kalau berada di luar. Memang penduduk setempat tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti luar kerana boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan. Sekiranya anda meletak kenderaan di kawasan terbuka pasti akan mendapati ia dipenuhi dengan habuk-habuk kotoran berpunca dari jerebu ini.
Kalau nak ikutkan ini bukan kali pertama kawasan sekitar mendapat impak dari pembakaran terbuka di negara jiran tapi nampaknya tiada tindakan diambil oleh pemerintah di sana bagi mengelakkan keadaan berulang. Tak tau mengapa tapi sesuatu perlu dilakukan kerana ia bukan sahaja memberi kesan pada kesihatan penduduk Malaysia/Singapura tapi juga akan memberi kesan buruk terhadap perkembangan ekonomi kedua-dua negara. Pasti banyak aktiviti luar yang dibatalkan dan memberi kesan yang besar terhadap sesuatu organisasi. Diharap perbincangan pihak berkaitan mendapat keputusan yang baik untuk negara masing-masing.

Berikut merupakan gambar kesan jerebu di kawasan MITC yang sempat saya ambil ketika ingin memulakan kerja pagi tadi.

jerebu

Lihat sahaja betapa kabus menyelubungi kawasan yang sibuk dengan mereka yang memulakan tugas. Jadi bagi mengurangkan kesan, saya juga memakai topeng muka yang diberi oleh rakan sepejabat.

topeng-jerebu

Walaupun pakai topeng tapi masih terasa habuknya. Diharap akan turun hujan dalam tempoh terdekat ini bagi mengurangkan kesan jerebu ini. AMIN…

Kepada yang mengalami masalah jerebu ni, cuba lihat poster ‘Bagaimana Untuk Mencegah atau Mengurangkan Kesan Kesihatan Akibat Jerebu’ dari ASTRO Awani.

Selain itu boleh rujuk blog yourhealthblog.net untuk melihat cara menghadapi jerebu ni..

Untuk melihat indeks pencemaran udara yang terkini boleh rujuk website Jabatan Kesihatan

Bagaimana pula keadaan jerebu di tempat anda? Adakah anda mengalami kesan kesihatan atau kewangan ketika jerebu ni?

Sekian…

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Masalah Jerebu melanda

Leave a Reply to hafiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)