Masalah Berkaitan Cacing

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nampaknya sudah agak lama saya tidak menulis berkaitan tentang cacing.. Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang projek tersebut.. Nampaknya pemergian ke kursus selama 2 minggu memberikan sedikit impak kepada pembiakan cacing.. Terdapat kekurangan dari segi keberatan hampir 0.4 g.. Penurunan yang agak banyak walaupun didapati banyak telur cacing dan anak-anak cacing ketika proses penukaran media..
Saya akui setelah 2 bulan mengenali cacing nampaknya saya telah mula mengenali beberapa masalah yang perlu ditangani. Antaranya ialah :-

1. Hama merupakan salah satu musuh cacing.. Anda akan mendapati cacing anda tidak aktif.. Perlu sentiasa menyemak media.. Jika cendawan telah tumbuh seboleh-bolehnya kena kurangkan kelembapan.. Cabut cendawan/kulat tersebut.. Atau pindah sahaja ke media lain..
2. Nak jual cacing/baja.. Memang perkara ini menjadi pertanyaan dalam artikel-artikel terdahulu.. Bagi mereka yang menggunakan konsep contract farming ianya lebih mudah tetapi kalau dicongak-congak untung tak seberapa. Walaubagaimanapun jaringan antara penternak-penternak dapat memberikan info tentang pasaran cacing ini.. Insyallah akan ada permintaan bagi cacing..
3. Media.. Masalah membuat media memang antara perkara yang perlu diberi perhatian.. Untuk jalan mudah beli sahaja media cacing tetapi berbaloikah dengan modal anda???

Berikut merupakan masalah yang dihadapi namun saya menganggap ianya sebagai cabaran.. Insyaallah cabaran yang berjaya dihadapi akan membuahkan hasilnya…

p/s :- Salah seorang pengguna baja telah memberikan maklumbalas positif.. Baja yang diletak pada pokok bunga yang selama ini tidak bermaya telah berubah menjadi lebih segar.. Pokok ‘daun sup (sadri)’ yang menjadi bahan eksperimentasi saya juga telah makin membiak dengan baik..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :793
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

5 Responses to “Masalah Berkaitan Cacing”

  1. az_rulNo Gravatar says:

    salam…..
    sy dh da tmpt tuk projek ni tp mslhny dmn nk dpt induk cacing 2??? mknan cm na?? kna pkai misen x tuk mngisar medium dia. lokasi kt kdah..

    Reply

  2. amirulNo Gravatar says:

    saya sedia membekalkan induk cacing dengan harga yang berpatutan. hubungi saya 013-9948445.

    lumbricus-230/kg
    night crawler 330/kg

    Reply

  3. fyqNo Gravatar says:

    assalamualaikum
    bang..saya dari malim,melaka
    saya belajar sekarang kt kl..
    sy sgt2 berminat dgn pnternakan cacing ni..
    nnt kalau saya balik melaka, boleh x jumpe
    nk tengok cacing abg..
    boleh xbang..
    tgglkn nombor cntact ke..tq..salam

    Reply

  4. Mohd AminNo Gravatar says:

    Sy dah buat projek ni lama.dah ada cacing dekat 30 kilo lebih..masalahnye orang yg nak beli cacing ni cakap projek die belum siap lg..maksudnye tempat untuk menguruskan cacing yg akan dibeli dr penternak belum siap lg..jd sekarang sy sedang mencari pembeli cacing..sila hubungi sy secepat mungkin,kalau da yg nak beli cacing..nak raya ni..amin 012-5917032..lokasi subang selangor..

    Reply

  5. wanNo Gravatar says:

    sy ada ambil pakej ternak cacing,sblm dia tu dia ada kata dlm ms 6 bln dia abil.ada perjanjian.perjanjian dah sign.tp smpai skrg x dpt2 pn perjanjian tu.syrkt nas usaha maju nama syrkt tu.nk ternak jd fkr mcm2

    Reply

Leave a Reply