Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Mungkin ada yang tertanya-tanya siapakah ‘ Mas Cotek’ ? Adakah makcik cleaner di IKWAS (INTAN Kluang) atau awek kursus yang memikat hati?? Saya memang teruja setelah dikenalkan oleh ‘ Mas Cotek’ oleh Pak Ali, pengurus program Induksi Umum.. Kekaguman saya terhadap ‘Mas Cotek’ telah menyebabkan diri ini ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Tetapi perasaan malu yang masih menebal membuatkan diri ini menyimpan perasaan tersebut.. Lalu saya mencari maklumat dan terjumpa info mengenainya.. Adakah anda semua ingin bersama mengenalinya?? Teruskan membaca ( Kalau sesiapa yang mengenali Mas Cotek, buat2 le tak kenal.. nanti tak thrill)…
Inilah dia ‘Mas Cotek’

Menarik tak??
Ia merupakan tanaman herba yang sering digunakan dalam perubatan Melayu. Saya sebenarnya tidak mengetahui langsung mengenai tanaman ini namun melalui penerangan pengurus program rasanya tak salah untuk kita kongsi maklumat.. Mana tau anda semua ingin menceburi dalam penanaman tanaman herba ini.. Boleh saya berkongsi dari anda..Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini.
Melalui kajian tumbuhan herba ini mempunyai khasiat seperti berikut :-
KHASIAT EMAS COTEK
Emas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.
Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.
Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.
Antaranya penyakit yang dapat dibantu:
1. Mengeluarkan toksin dalam badan
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Sakit urat saraf
4. Gout
5. Kencing manis
6. Darah tinggi
7. Membuang kolestrol dan lemak
8. Buasir
9. Migraine
10. Paru-paru berair
11. Pemulih tenaga batin
12. Sakit puan
13. Senggugut
14. Sakit pinggang
15. Keletihan
16. Masalah tidur
17. Rangsangan hormon lelaki
18. Mengecutkan rahim peranakan
19. Merapatkan pintu rahim
20. Sakit lutut
21. Mencantikkan dan melicinkan kulit
22. Demam/ Selesema
23. Awet muda
Almaklumlah tekanan darah saya memang agak tinggi mana tau ianya mampu membantu mengawal peredaran darah..
Banyak juga produk yang dihasilkan seperti minyak urut, teh, jus dan sebagainya..

Blog berkaitan :-
Norlela Zubir Biz Inc
Mas cotek sumber rezeki pesara guru
Memang berpotensi seperti tanaman misai kucing. So, sesiapa di luar sana boleh mencubanya.. Saya akan mendapatkan info lebih mengenai tanaman herba ni..
p/s :- Maklumat ini didapati dari internet dan dari pengalaman orang lama.. Saya tidak menjanjikan sebarang jaminan tentang keberkesanannya.. Rujuk kepada yang pakar..
RSS Feed
Twitter



July 26th, 2008
zool
Posted in
Tags: 


wah….bagus info ni
Reply
promote mas cotek la plak…suke Pak Ali camni
Reply
hi. saya ada terbaca post pada bulan jun mengatakan hasrat ingin membeli kamera digital.
still nak beli lagi tak? berapa budget?
Reply
macam pernah tengok pokok tu.. kat mana ya..
Reply
fiza –> bagus tu.. kalau sesiapa nak buat boleh joint venture…
nuza –> he he he.. ada tak no Pak Ali??? Ada minat gak nak buat kecil2.. Er tolonglah sebarkan blog ni kat kawan INduksi ye…
.f.n –> dalam RM300-400 ada ker?? he he he. bajet tak cukup.. bulan ni banyak nak pakai untuk project online n offline
zino –> ntah.. aku tak penah pun tgk
Reply
heheh.. aiYok..awk syia dgr dulukan pasal air ni.. nk tergelak pun ade.. epas tu syia teliti botol tu br sedar.. wujud tanaman ni
.. ingat kan gimic
Reply
info yg menarik…
emas cotek ni local herbs ker?
Reply
apa kajian mas cotek yang terdahulu ye…
Reply